MAHKAMAH Agung Amerika Syarikat (AS) akan mendengar kes bersejarah untuk menentukan sama ada Donald Trump boleh bertanding jawatan Presiden negara itu atau sebaliknya.
Hakim bersetuju mengambil rayuan Trump terhadap keputusan Colorado untuk mengeluarkannya daripada senarai undian 2024 di negeri itu.
Kes berkenaan akan dibicarakan pada bulan depan dan keputusan itu akan terpakai di seluruh negara.
Tuntutan undang-undang di beberapa negeri bertujuan membatalkan kelayakan Trump dengan alasan beliau terlibat dalam pemberontakan semasa rusuhan Capitol AS tiga tahun lalu.
Pendakwaan itu juga bergantung pada sama ada pindaan Perlembagaan era Perang Saudara menyebabkan Trump tidak layak untuk bertanding sebagai calon.
Pindaan Ke-14 Perlembagaan AS melarang sesiapa sahaja yang "terlibat dalam pemberontakan atau pemberontakan" daripada memegang jawatan Persekutuan.
Namun begitu, pasukan guaman bekas Presiden AS itu berhujah ia tidak terpakai kepada Presiden.
Peguamnya berhujah: "Keputusan Mahkamah Agung Colorado secara tidak mengikut Perlembagaan akan membatalkan hak berjuta-juta pengundi di Colorado dan mungkin digunakan sebagai templat untuk melucutkan hak berpuluh juta pengundi di seluruh negara."
Keputusan 4-3 yang diperoleh oleh Mahkamah Tinggi Colorado bulan lalu menandakan kali pertama dalam sejarah AS bahawa Pindaan ke-14 telah digunakan untuk membatalkan kelayakan calon Presiden daripada senarai undian.
Trump ialah calon yang ditampilkan Republikan ketika ini untuk perlawanan semula yang berkemungkinan menentang Presiden Joe Biden, seorang Demokrat, dalam pilihan raya yang akan berlangsung November depan.
Trump juga telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan pegawai pilihan raya di Maine untuk menyingkirkannya daripada pengundian.
Mahkamah di Minnesota dan Michigan telah menolak percubaan untuk membatalkan kelayakan Trump. Kes lain, termasuk di Oregon, belum selesai.
Walaupun usaha Trump yang didakwa untuk menumbangkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2020 menjadi tumpuan perbicaraan di Mahkamah persekutuan dan mahkamah negeri di Georgia, namun, beliau tidak pernah didakwa secara jenayah kerana menghasut pemberontakan dalam mana-mana kes. - Agensi
Agensi
Fri Jan 05 2024
Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) akan mendengar kes bersejarah untuk menentukan sama ada Donald Trump boleh bertanding jawatan Presiden negara itu atau sebaliknya. - Gambar fail AP
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.