awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara anggota WTO ada hak untuk pertikai isu tarif Amerika Syarikat

Agensi
Agensi
10/03/2018
02:10 MYT
Negara anggota WTO ada hak untuk pertikai isu tarif Amerika Syarikat
Setiap ahli mempunyai hak di bawah peraturan WTO untuk menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan yangdibuat negara anggota lain.
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) berpegang pada pendirian bahawa pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tentang tarif keluli dan aluminium boleh mencetuskan peningkatan halangan terhadap perdagangan di seluruh dunia serta menyumbang ke arah kemelesetan ekonomi global.
Jurucakap WTO, Daniel Pruzin berkata badan perdagangan itu tidak mempunyai reaksi tertentu terhadap pengumuman Trump itu tetapi beliau mengulangi kebimbangan yang dinyatakan awal minggu ini mengenai langkah unilateral oleh Amerika Syarikat.
"Setiap ahli mempunyai hak di bawah peraturan WTO untuk menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan yang dibuat negara anggota lain.
"Malah mereka juga mempunyai hak untuk mencari jalan penyelesaian melalui sistem penyelesaian pertikaian yang digubal WTO," jelasnya.
Pruzin berkata langkah seterusnya adalah di tangan negara anggota WTO yang boleh memutuskan untuk menggunakan mekanisme, seperti proses penyelesaian pertikaian badan perdagangan, untuk mencabar keputusan Trump dan mungkin membenarkan langkah balas.
Trump dalam kenyataan balasnya berkata, masih ada ruang untuk sebarang dialog diadakan bagi rakan dagangnya yang terjejas.
WTO, yang ditubuhkan untuk membantu memudahkan perdagangan yang adil dan bebas, menghadapi salah satu cabaran paling hebat sejak penubuhannya susulan dasar baharu Trump terbabit yang dilihat bertentangan dengan objektif badan perdagangan itu.
Topic Berkaitan
#aluminium
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#ekonomi
#keluli
#keselamatan
#Pertubuhan Perdagangan Sedunia
#presiden
#tarif
#WTO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan