Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata masalah rasuah dan dadah sudah membarah di Filipina, dan jika dirinya tiada, negara itu patut ditadbir oleh pemimpin diktator seperti mendiang Ferdinand Marcos.
Duterte berkata demikian dalam ucapannya pada Khamis, lapor Reuters.
Menurut Duterte, beliau mahu mengundurkan diri sebelum penggal pentadbirannya berakhir pada 2022, namun dirinya masih berat untuk melepaskan kuasanya kepaa Naib Presiden Leni Robredo.
Robredo yang selama ini turut mengkritik cara Duterte memerangi dadah, telah dilantik secara berasingan, dan bukannya pasangan dari kempen politik Duterte.
Itu bukan kali pertama Duterte memperkecilkan individu yang mengikut perlembagaan, bakal dan sedia menggantikan tenpatnya.
Pada Julai lalu, dalam satu sesi ucapan di Pampanga, Duterte berkata: "Sebabnya... Robredo tidak layak. Dia tidak akan berkemampuan untuk mentadbir negara seperti Filipina ini."
Duterte menegaskan, akan berlaku kekacauan sekiranya usaha membanteras dadah seperti yang dilaksanakannya itu dihentikan.
“Anda lebih baik memilih diktator seperti Marcos, itu yang saya cadangkan. (Jika) mengikut perlembagaan, Robredo ialah orangnya. Tapi dia tidak boleh menanganinya,” ujar Duterte.
Sanjungan Duterte kepada Marcos juga dilihat sebagai kontroversi, memandangkan ramai rakyat negara itu masih terkesan dengan 'pemerintahan berdarah' selama dua dekad, sebelum digulingkan kuasa tentera pada 1986.
Sepanjang pemerintahan Marcos, ribuan orang telah ditangkap, dibunuh, diseksa atau hilang tanpa berita sepanjang pemerintahan tentera pada tahun 1970-an.
Topik 'mengundurkan diri dari politik' oleh Duterte, 73 tahun, kerap disebutkan dalam ucapan umum. Ramai yang menganggap beliau sudah gelisah dengan masalah rasuah dan dadah yang sukar untuk dibendung, manakala ada pihak yang membuat spekulasi tentang tahap kesihatannya yang merosot.
Duterte bagaimanapun, menafikan khabar tersebut yang dilabelkannya sebagai 'berita palsu'.
Agensi
Fri Aug 31 2018
Duterte berkata, akan berlaku kekacauan sekiranya usaha membanteras dadah seperti yang dilaksanakannya itu dihentikan. - Gambar fail
Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan
Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan perbezaan kadar faedah dilihat memihak kepada ringgit.
PM Anwar tiba di Mesir untuk lawatan rasmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim Tiba di Kaherah hari ini, untuk lawatan rasmi bagi merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir.
[TERKINI] Wisma Putra pantau letupan di Pakistan
Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi insiden letupan bom di stesen keretapi di Quetta, Pakistan, yang berlaku pada Sabtu lalu.
Menurut kenyataan kementerian, mereka kini menilai situasi terkini dan mengumpul maklumat lanjut di lokasi kejadian.
Menurut kenyataan kementerian, mereka kini menilai situasi terkini dan mengumpul maklumat lanjut di lokasi kejadian.
Letupan bom di Pakistan: Kementerian Luar Negeri nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan berwaspada dan sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.
Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang
Hasil siasatan polis mendapati, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
AWANI Ringkas: Lawatan kerja PM ke Mesir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 November 2024
1️⃣ Lawatan kerja PM ke Mesir
2️⃣ Menjelang PRN Sabah ke-17
3️⃣ Prestasi turun naik Ringgit
1️⃣ Lawatan kerja PM ke Mesir
2️⃣ Menjelang PRN Sabah ke-17
3️⃣ Prestasi turun naik Ringgit
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Dua lelaki ditahan seludup pelbagai kotak barangan runcit bernilai lebih RM100,000
PGA mengesan sindiket itu selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.