awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara pengeluar minyak bersatu kurangkan pengeluaran mulai Mei 2023

Bernama
Bernama
03/04/2023
06:43 MYT
Negara pengeluar minyak bersatu kurangkan pengeluaran mulai Mei 2023
Kementerian Minyak Iraq turut mengumumkan keputusan yang sama dan akan mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 211,000 tong. - Gambar hiasan/ Reuters
AMMAN (Jordan): Menteri Minyak Kuwait Bader al Mulla pada Ahad berkata Kuwait bersama bersama negara OPEC Plus akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 128,000 tong sehari pada tahun ini bermula Mei.
Mulla dalam satu kenyataan berkata pengurangan pengeluaran minyak itu merupakan langkah berjaga-jaga selain mematuhi keputusan pengurangan pengeluaran yang dipersetujui pada mesyuarat peringkat menteri ke-33 OPEC Plus pada 5 Okt 2022, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Rusia turut mengumumkan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak 500,000 tong sehari.
Kementerian Minyak Iraq turut mengumumkan keputusan yang sama dan akan mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 211,000 tong.
Sementara itu, menurut Kementerian Tenaga Oman, negara GCC akan mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 40,000 tong sehari.
Algeria pula akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 48,000 tong sehari.
Agensi berita Petra Jordan melaporkan, Kementerian Tenaga Arab Saudi akan melaksanakan pengurangan sukarela pengeluaran minyak mentahnya berjumlah 500,000 tong sehari bermula Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negara pengeluar minyak
#pengeluaran minyak
#OPEC
#pengurangan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan