Skip to main content
Advertisement

Dunia

Nepal keluarkan nasihat keselamatan kepada pelancong susulan ramalan hujan lebat

A drone view shows a barrier lake formed following a mudslide, in the border area between the Tibet Autonomous Region, China and Bagmati province, Nepal, August 27, 2026, in this screengrab obtained from a handout video. Lhasa Fire and Rescue Mobile Detachment/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. NO RESALES. NO ARCHIVES. MUST NO OBSCURE LOGO.
Awal Selasa, hujan lebat diramalkan di sebahagian wilayah Gandaki dan Lumbini di barat Nepal, disertai ribut petir, kilat serta angin kencang. - Gambar hiasan/Reuters
Advertisement

KATHMANDU: Lembaga Pelancongan Nepal (NTB) mengeluarkan nasihat keselamatan perjalanan kepada pelancong susulan pihak berkuasa meramalkan hujan lebat hingga sangat lebat di beberapa bahagian di negara itu dari 25 hingga 27 Sept, lapor Xinhua.

Awal Selasa, Jabatan Hidrologi dan Meteorologi (DHM) meramalkan hujan lebat di sebahagian wilayah Gandaki dan Lumbini di barat Nepal, disertai ribut petir, kilat serta angin kencang.

Hujan sangat lebat juga diramalkan di banyak kawasan di wilayah Koshi di timur, Madhesh di selatan, Bagmati di tengah dan Sudurpashchim di hujung barat, manakala beberapa kawasan di Wilayah Karnali di barat mungkin menerima hujan lebat, menurut nasihat NTB.

Dalam nasihat itu, NTB menggesa pelawat, terutamanya mereka yang mengembara ke kawasan tanah tinggi dan bergunung-ganang serta kawasan berhampiran lembangan sungai, supaya lebih berhati-hati memandangkan keadaan cuaca boleh berubah dengan pantas dan salji berpotensi turun di kawasan yang lebih tinggi.

Lembaga itu menasihati pelancong supaya menyemak ramalan cuaca terbaharu dan makluman rasmi sebelum meneruskan perjalanan, serta kekal mendapat maklumat terkini mengenai laluan darat, penerbangan dan laluan mendaki.

NTB turut menasihati pelawat supaya mengelakkan aktiviti mendaki, memanjat gunung dan aktiviti luar yang lain semasa keadaan cuaca tidak selamat, serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, agensi keselamatan, pengamal industri pelancongan dan pegawai berkaitan.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

Must Watch Video

Advertisement