Skip to main content

Malaysia

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga Khamis

MetMalaysia memaklumkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara hingga tarikh berkenaan. - Gambar hiasan
MetMalaysia memaklumkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara hingga tarikh berkenaan. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara hingga tarikh berkenaan.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan timur Sabah dalam tempoh terbabit.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, amaran waspada di Kelantan melibatkan jajahan Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus).

Bagi Sabah, amaran berkenaan melibatkan bahagian Kudat (Kudat dan Pitas) serta Sandakan (Paitan).

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement