awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

Netanyahu 'bertambah baik' selepas dimasukkan ke hospital

Bernama
Bernama
16/07/2023
01:47 MYT
Netanyahu 'bertambah baik' selepas dimasukkan ke hospital
Netanyahu telah berkhidmat sebagai perdana menteri Israel selama lebih 14 tahun. - Gambar fail AP
JERUSALEM: Keadaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu "bertambah baik" selepas dimasukkan ke hospital pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Netanyahu berterima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan mereka menerusi satu mesej video di Twitter sambil berkata dia menghabiskan masa di bawah sinaran matahari tanpa memakai topi dan minum air hingga jatuh sakit.
Pejabat Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa Netanyahu kini dalam keadaan baik dan jatuh sakit akibat dehidrasi.
Menurut Times of Israel, mesyuarat kabinet mingguan pada Ahad telah ditunda pada Isnin.
Netanyahu pada Sabtu telah dimasukkan ke unit kecemasan di Hospital Sheba selepas dilaporkan berasa tidak sihat, menurut media tempatan.
Menurut akhbar Jerusalem Post, Netanyahu dibawa ke bilik kecemasan selepas "tidak sedarkan diri seketika ketika berada di rumah di Caesarea."
Netanyahu "sedar sepenuhnya sebaik tiba di hospital."
Netanyahu, 73, telah berkhidmat sebagai perdana menteri Israel selama lebih 14 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Israel
#sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.