awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu jalani pembedahan pasang perentak jantung

Bernama
Bernama
23/07/2023
04:20 MYT
Netanyahu jalani pembedahan pasang perentak jantung
Netanyahu dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada petang Ahad dan akan hadir untuk pengundian mengenai pembaharuan kehakiman. - Gambar fail/ AP
TEL AVIV: Sejurus sebelum undian mengenai rombakan rang undang-undang kehakiman di Parlimen, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini menjalani pembedahan untuk memasang perentak jantung, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Saya dalam keadaan baik, tetapi saya mendengar nasihat doktor," kata Netanyahu dalam mesej video yang disiarkan pada awal pagi Ahad.
Pembedahan itu akan dilakukan di Hospital Sheba dekat Tel Aviv, menurut kenyataan itu.
Netanyahu, 73, sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi dan dipasang dengan alat pemantau jantung.
Perdana menteri Israel itu berkata bahawa peranti itu telah berbunyi pada petang Sabtu, bermakna pembedahan perlu segera dilakukan.
Netanyahu dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada petang Ahad dan akan hadir untuk pengundian mengenai pembaharuan kehakiman.
Netanyahu telah dimasukkan ke hospital beberapa kali pada masa lalu kerana masalah kesihatan.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Israel
#Benjamin Netanyahu
#jantung
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan