awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu kecam Biden sekat senjata kepada Israel

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2024
00:50 MYT
Netanyahu kecam Biden sekat senjata kepada Israel
NETANYAHU: Blinken memberi jaminan kepada saya bahawa pentadbiran AS bekerja siang dan malam untuk menghapuskan sekatan ini. - REUTERS
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana menyekat senjata kepada Israel dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi memberi tekanan ke atas perangnya dengan Gaza.
Netanyahu berkata dalam satu kenyataan video pada Selasa bahawa tindakan AS itu merupakan sesuatu yang tidak wajar.
“Setiausaha Negara Antony Blinken memberi jaminan kepada saya bahawa pentadbiran AS bekerja siang dan malam untuk menghapuskan sekatan ini. Saya harapkan begitu.
“Semasa Perang Dunia II, Churchill (Bekas Perdana Menteri Britain Winston Churchill) memberitahu AS supaya berikan Israel alat senjata, kami akan lakukan tugas itu.
"Berikan kami alat senjata dan kami akan menyelesaikan kerja dengan lebih cepat,” kata Netanyahu dalam video berkenaan.
Washington telah menyediakan AS$3.8 bilion dalam bantuan ketenteraan kepada Israel setiap tahun.
Pada April, Biden menandatangani undang-undang yang memberikan sekutu AS itu sebanyak AS$17 bilion sebagai bantuan tambahan di tengah-tengah perang Israel ke atas Gaza.
Biden dan pembantu utamanya sering menekankan komitmen mereka kepada Israel.
Bagaimanapun, Washington mengesahkan bulan lalu bahawa mereka telah menghentikan penghantaran 900 kilogram bom kepada tentera Israel kerana bimbang mengenai korban awam dalam serangan Israel ke atas Rafah di selatan Gaza.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#sekat senjata
#Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan