awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu sahkan hantar pasukan perunding gencatan senjata

Agensi
Agensi
17/12/2023
02:30 MYT
Netanyahu sahkan hantar pasukan perunding gencatan senjata
Netanyahu ahkan rundingan baharu yang diusahakan Qatar sedang digerakkan untuk mendapatkan semula tebusan yang ditahan oleh Hamas.
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan rundingan baharu yang diusahakan Qatar sedang digerakkan untuk mendapatkan semula tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza.
Kenyataan itu menyusul selepas sumber berkata, perunding utama Israel sedang bertemu pimpinan Qatar di Eropah bagi berunding pembebasan tebusan dan gencatan senjata baharu.
Memetik laporan Reuters, Netanyahu mengesahkan telah memberi arahan kepada pasukan perunding mengenai usaha berkenaan.
Ujar Netanyahu, terdapat kritikan peribadi Israel terhadap Qatar, tetapi tumpuan utama negara haram itu kini adalah untuk membebaskan lebih ramai tebusan di Gaza.
Dalam pada itu, Netanyahu tidak memberi sebarang butiran terperinci berkenaan proses rundingan tersebut.
Dua sumber keselamatan Mesir berkata, pasukan perunding Israel kini lebih bersedia sewaktu proses rundingan terbaharu bersama pengantara, untuk mencapai perjanjian baru bagi gencatan senjata Gaza dan pembebasan tahanan Palestin sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan.
Kata sumber itu lagi, pasukan perunding Israel seakan-akan telah mengubah fikiran mereka mengenai beberapa perkara yang mereka tolak sebelum ini, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.
Qatar dan Mesir adalah pengantara antara Israel dan Hamas dalam perjanjian yang membawa kepada gencatan senjata selama seminggu pada akhir November.
Hamas membebaskan lebih daripada 100 wanita, kanak-kanak, dan warga asing yang dipegangnya sebagai pertukaran untuk 240 wanita dan remaja Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel. - Agensi
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
#Hamas
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan