Netherlands menyertai beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain yang membantah cadangan Parlimen blok itu mengenakan sekatan ke atas minyak sawit.
Malah, tegas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Kerjasama Netherlands, Sigrid Kaag, negara itu tidak menyokong sebarang langkah diskriminasi atau perbezaan produk.
Sehubungan itu, beliau menggesa satu dialog membabitkan isu minyak sawit itu diadakan.
"Tiada siapa pun yang harus dihukum dan alternatifnya perlu ada. Kita perlu membincangkan perkara ini secara teratur supaya semua pihak dapat memahami sepenuhnya keadaan di peringkat tempatan dan apa yang boleh dilaksanakan oleh pembangunan pasaran global," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Seminar Pendekatan Belanda Terhadap Inovasi dan Pembangunan Berteknologi Tinggi di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Usul Parlimen EU pada 17 Januari lepas menggesa supaya minyak sawit dikeluarkan daripada program biobahan EU menjelang 2020 atas alasan ia menyebabkan pembasmian hutan.
Setakat ini, Perancis, Sweden dan United Kingdom (Ahli Parlimen Konservatif, sebahagian daripada parti pemerintah Perdana Menteri, Theresa May) telah menyatakan bantahan terhadap usul berkenaan.
Mengulas selanjutnya, Kaag berkata Netherlands turut memuji usaha Malaysia melaksanakan peralihan minyak sawit ke arah lestari tanpa menjejaskan kepentingan para pekebun kecil.
"Pembangunan lestari adalah antara (perkara) yang menguntungkan semua pihak. Tidak boleh wujud pihak yang menang atau kalah dan perlu memutuskannya secara bersama," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata beliau, Kaag dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong akan bertemu esok bagi membincangkan isu itu dengan lebih lanjut.
"Ini merupakan industri penting kepada kita dan tidak mahu sebarang diskriminasi ke atas minyak sawit.
"(Soal) lestari sememangnya amat penting bagi kita," katanya.
Sejak setahun lepas, Parlimen Eropah yang menuduh pengeluar minyak sawit sebagai punca pembasmian hutan, telah mengundi sebanyak dua kali bagi menyokong usul itu yang jika dilaksanakan akan mengekang import minyak sawit ke blok ekonomi itu.
Pada bulan lepas, anggota Parlimen Eropah itu mengundi untuk mengharamkan sepenuhnya minyak sawit dalam biobahan api menjelang 2021 manakala pada April, 2017, mereka menggesa EU untuk melarang penggunaan minyak sayuran yang menyebabkan pembasmian hutang menjelang 2020.
Selain itu, Mustapa berkata pertemuannya dengan Kaag juga menyentuh mengenai kemungkinan memulakan semula Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU pada tahun ini selain perkembangan baharu pelbagai hala.
Beliau berkata, usaha menghidupkan semula rundingan itu yang terbantut pada 2012, tercetus sewaktu kunjungannya ke Netherlands pada Oktober lepas.
Tanpa menyatakan tarikh atau tempoh bagi memulakan semula rundingan itu, Mustapa berkata dua faktor utama penyebab usaha itu - pemuktamadan FTA antara EU dengan negara-negara lain di rantau ini serta kehadiran banyak syarikat Eropah di Malaysia.
"Ini memberi alasan untuk memulakan semula FTA Malaysia-EU," katanya.
Mengulas perkara sama, Kaag pula berkata Netherlands menyokong penuh usaha itu bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.
"Dalam dunia yang menyaksikan dasar perlindungan menjejaskan dagangan secara terbuka dan bebas, adalah penting untuk kita terus membincangkan pejanjian perdagangan bebas demi kepentingan EU dan Malaysia," katanya.
Beliau berkata, perjanjian itu perlu menghasilkan situasi yang menguntungkan semua pihak selain kemampanan untuk negara terbabit.
"Usaha bersama bagi mencapai agenda lebih besar juga sama pentingnya dan kita hanya dapat melakukannya secara bersama atas dasar berkongsi agenda dan hasil yang dipersetujui bersama," katanya.
Pada 2017, perdagangan Malaysia dengan Netherlands mencecah RM34.8 bilion dengan 77.4 peratus disumbangkan oleh eksport.
Eksport Malaysia ke Netherlands juga meningkat sebanyak 22.7 peratus manakala imports menokok 11.7 peratus.
Dari perspektif pelaburan, Malaysia telah meluluskan sejumlah 337 projek bernilai RM27.3 bilion yang turut disertai syarikat Belanda setakat September 2017, sekali gus menjadikan Netherlands sebagai pelabur kedua terbesar EU selepas Jerman.
Pelaburan itu membabitkan sektor utama seperti elektrikal dan elektronik, produk petroleum, pengeluaran makanan, bahan kimia dan produk berasaskannya.
Selain Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global bernilai RM3.18 bilion yang diwujudkan oleh Shell di ibu negara, beberapa syarikat Belanda turut memilih Malaysia sebagai pejabat peringkat rantau mereka termasuk Benchmark Electronics, Mylaps BV dan Kraton Polymers BV.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018
Pada 2017, perdagangan Malaysia dengan Netherlands mencecah RM34.8 bilion dengan 77.4 peratus disumbangkan oleh eksport. - Gambar fail/BERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.
Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Dari Januari hingga akhir Jun, Agensi Kesatuan Eropah bagi Suaka yang berpangkalan di Malta mencatatkan sejumlah 513,000 permohonan baharu.
Kemungkinan didenda, industri kereta EU keluarkan amaran jutaan pekerjaan terancam
Jutaan pekerjaan terancam berikutan kemungkinan pengeluar dikenakan denda peraturan iklim.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.