Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Ogos 2026.

1. RCI Tabung Haji: SPRM tahan tujuh individu termasuk empat bekas pengurusan kanan TH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan tujuh individu terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif, seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.

2. Dua pelajar MRSM Alor Gajah yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di Kuala Lumpur

Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu ditemukan selamat di Central Market di ibu kota pada Jumaat malam.

3. STR Fasa 3 mula disalur kepada 5.3 juta penerima

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mula disalurkan secara berperingkat kepada 5.3 juta penerima di seluruh negara, meningkat sebanyak 300,000 penerima berbanding lima juta penerima pada awal tahun. 

4. Tiket MADANI: PM Anwar mahu lebih ramai rakyat rasai F1 di Sepang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengenalan Tiket MADANI serendah RM200 dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman menyaksikan perlumbaan Formula 1 secara langsung di Sepang.

5. Helikopter terbakar di LTSAAS Subang, empat kru warga Ukraine terselamat

Empat warga Ukraine terselamat selepas sebuah helikopter jenis Kamov Ka-32 terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, tengah hari Sabtu.

6. Gempa bumi Flores: Tiada rakyat Malaysia dilapor terkesan - Kedutaan

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia, awal pagi Sabtu.

7. KDM tarik sokongan terhadap GRS, fokus persiapan hadapi PRU akan datang

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan bergerak di luar kerajaan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

8. Masjid perlu jadi ekosistem pelancongan, ruang kenali sejarah dan tamadun Islam - Ahmad Zahid

Masjid perlu menjadi sebahagian daripada ekosistem pelancongan negara sambil menjalankan peranan sebagai rumah ibadah, pusat dakwah dan institusi yang mendekatkan masyarakat kepada Islam.  

9. 'Dia jalur gaduh, saya jalur damai' - PM Anwar tepis dakwaan hubungan dengan Zahid retak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini mengalami keretakan.

10. Nurul Izzah mungkin 'fed up' kewujudan 'kabilah' dalam PKR - Lih Kang

Keputusan Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR mungkin didorong rasa fed up dengan kewujudan kelompok atau kabilah dalam parti berkenaan.

 

10.

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement