NEW YORK: Gabenor New York Kathy Hochul pada Jumaat mengisytiharkan darurat di seluruh New York City, Long Island dan kawasan sekitarnya selepas ribut yang membawa hujan lebat membanjiri laluan kereta api bawah tanah dan jalan raya serta penangguhan penerbangan, lapor Xinhua.

Ribut Ophelia membawa hujan lebat ke New York City menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian bandar itu.

Pemantauan banjir berkuat kuasa sehingga 6 pagi Sabtu untuk seluruh New York, New Jersey dan Connecticut - dengan kadar hujan dijangka satu hingga dua inci sejam.

Ribut menyebabkan sebahagian besar sistem kereta api bawah tanah Big Apple ditutup, jalan dan lebuh raya, dan memutuskan akses ke sekurang-kurangnya satu terminal di Lapangan Terbang LaGuardia.

Beberapa laluan kereta api bawah tanah terutama di Brooklyn digantung pada pagi Jumaat disebabkan stesen dinaiki air.

"Perkhidmatan kereta api bawah tanah terhad kerana banjir besar. Perkhidmatan digantung di banyak stesen," menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan dalam hantaran di X.

Sebahagian kawasan di New York City menyaksikan hujan lima inci setakat 11 pagi Jumaat. Di Central Park, menyaksikan hujan lebih banyak sejak Taufan Ida melanda dua tahun lalu.

-- BERNAMA