NEW YORK: Datuk Bandar New York Eric Adams mengisytiharkan darurat pada Jumaat susulan peningkatan kemasukan pencari suaka yang kebanyakannya berasal dari selatan Amerika Syarikat.
Perintah eksekutif itu telah dikeluarkan pada Jumaat membolehkan arahan diberikan kepada semua agensi berkaitan menyelaras respons terhadap krisis kemanusiaan pencari suaka dan mewujudkan pusat bantuan kemanusiaan sementara, lapor Xinhua.
Darurat akan dikuat kuasa selama 30 hari dan mungkin akan dilanjutkan.
Adams turut meminta bantuan daripada pihak persekutuan dan negeri untuk menangani kemasukan berterusan pencari suaka.
Sistem perlindungan di New York kini beroperasi pada kapasiti hampir 100 peratus dan menampung lebih 61,000 orang manakala bandar itu akan dihuni lebih 100,000 pencari suaka tahun depan jika trend semasa berterusan.
"Angka itu jauh lebih tinggi berbanding kemampuan yang ada. Keadaan ini tidak mampan. Bandar ini akan hilang pembiayaan untuk keutamaan lain," katanya.
Lebih 17,000 pencari suaka kebanyakannya dari Amerika Selatan telah tiba di New York sejak April.
Untuk menampung golongan berkenaan bandar itu telah menandatangani kontrak bersama 42 hotel untuk dijadikan sebagai pusat perlindungan manakala satu pusat respons dan pemindahan sedang dalam pembinaan di Pulau Randall.
Pihaknya sedang bekerjasama dengan pejabat gabenor New York untuk mengenal pasti lokasi tambahan bagi pembinaan pusat pemindahan dan sumber kakitangan.
New York dijangka membelanjakan sekurang-kurangnya US$1 bilion menjelang akhir tahun fiskal ini bermula 1 Okt bagi menangani krisis pendatang.
Kira-kira sebulan lalu Datuk Bandar Washington D.C. Muriel Bowser turut mengisytiharkan darurat berikutan kebanjiran pendatang yang tiba dari selatan Texas dan Arizona.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Lebih 17,000 pencari suaka kebanyakannya dari Amerika Selatan telah tiba di New York sejak April. - REUTERS
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Lintas jalan bukan di tempatnya tidak jadi kesalahan di Bandar Raya New York pada Februari
Menyeberang jalan tanpa menggunakan laluan lintasan jalan tidak lagi akan dihukum di Bandar Raya New York bermula Februari.
Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan
Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin
Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk
Aiskrim, tempat berteduh, dan kolam renang menjadi lokasi tumpuan apabila musim panas bermula dengan gelombang haba rekor di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik
Serpihan sebuah pesawat jet peribadi yang hilang selama lebih 53 tahun selepas membawa lima lelaki berjaya ditemui di dasar Tasik Champlain.
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati
Seorang wanita tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.
Umat Islam di New York teruja sambut kedatangan Ramadan
Ribuan umat Islam di New York menyambut permulaan Ramadan pada Ahad, dengan berkumpul di Times Square yang simbolik.