Skip to main content

Dunia

New York lulus undang-undang lindungi kanak-kanak daripada risiko chatbot AI

Hochul (kanan) bercakap kepada penyokongnya ketika berkempen di Peekskill, New York, 29 Okt 2026. Turut kelihatan, calon parti Demokratik, Cait Conley. REUTERS
Hochul (kanan) bercakap kepada penyokongnya ketika berkempen di Peekskill, New York, 29 Okt 2026. Turut kelihatan, calon parti Demokratik, Cait Conley. REUTERS

Advertisement

Advertisement

NEW YORK: Gabenor New York Kathy Hochul menandatangani undang-undang bagi melindungi golongan bawah umur daripada risiko penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) yang semakin meningkat, menurut pejabat gabenor itu, lapor Xinhua.

Undang-undang baharu yang ditandatangani Hochul pada Rabu itu melarang syarikat menawarkan pelbagai ciri chatbot kepada pengguna bawah usia 18 tahun termasuk menyamar sebagai manusia, mewujudkan kebergantungan emosi, menggalakkan perbuatan mencederakan diri sendiri atau terlibat dalam perbualan berunsur seksual secara terang-terangan.

Di bawah undang-undang baharu itu, pelanggaran boleh dikenakan penalti sivil sehingga US$25,000 melalui tindakan yang diambil oleh Peguam Negara New York.

Advertisement

Rang undang-undang itu turut memperuntukkan penubuhan laman sesawang awam bagi membolehkan penduduk New York mengemukakan aduan terhadap syarikat chatbot yang disyaki melanggar peraturan berkenaan.

Beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan undang-undang bagi mengehadkan penggunaan chatbot dalam kalangan kanak-kanak serta mengenakan syarat keselamatan yang lebih ketat terhadap syarikat AI.

Advertisement

Pada September, Gabenor California Gavin Newsom menandatangani undang-undang yang mewajibkan pembangun chatbot menjalankan dan menerbitkan penilaian risiko keselamatan kanak-kanak setiap tahun, selain memastikan produk mereka menjalani audit bebas.

Newsom turut menandatangani undang-undang yang melarang platform media sosial daripada menggunakan ciri yang boleh menyebabkan ketagihan dalam kalangan pengguna bawah usia 16 tahun.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement