awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New York Times dakwa sistem komputer digodam

Bernama
Bernama
01/02/2013
05:17 MYT
New York Times dakwa sistem komputer digodam
Akhbar The New York Times mendakwa sistem komputer mereka diceroboh berulang kali oleh penggodam China.
Dakwa akhbar itu tindakan tersebut berlarutan sejak empat bulan lalu.
Antara lain, penggodam didakwa mencuri kata laluan wartawan dan cuba mendapatkan fail-fail berhubung siasatan harta kekayaan keluarga pemimpin tertinggi China.
Bagi tujuan itu penggodam menggunakan komputer di Universiti di Amerika Syarikat memasukkan perkakasan sebelum maklumat diperlukan dicuri.
Serangan siber itu yang bermula pertengahan September menyusuli siasatan akhbar yang berpangkalan di New York itu berhubung kaitan pengumpulan harta kekayaan keluarga Perdana Menteri Wen Jiabao berjumlah lebih dua bilion dolar Amerika.
Pendedahan itu yang dimuat naik atas talian pada 25 Oktober memalukan kepimpinan parti komunis China di mana ia dalam usaha ke arah peralihan kuasa dengan ikrar pemimpin baru mahu hapuskan kronisme dan merapatkan jurang miskin-kaya dikalangan rakyatnya.
Sejurus pendedahan pada 25 Oktober, AT&T yang memantau rangkaian komputer The New York Times memaklumkan kepada syarikat akhbar itu mengenai aktiviti godam.
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan siasatan oleh firma keselamatan komputer pakar-pakar tidak pasti sama ada berlaku serangan siber di sistem komputer The New York Times atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#China
#penggodam
#Perdana Menteri Wen Jiabao
#The New York Times
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan