awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New York umum Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah

Bernama
Bernama
10/09/2023
05:21 MYT
New York umum Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah
Perundangan itu mewajibkan semua sekolah awam ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi membolehkan ratusan ribu pelajar berketurunan Asia menyambut perayaan itu. - Gambar hiasan/Bernama
NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang pada Sabtu untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum di seluruh negeri itu, lapor Xinhua.
Perundangan itu mewajibkan semua sekolah awam ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi membolehkan ratusan ribu pelajar berketurunan Asia menyambut perayaan itu.
"Dengan menetapkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah rasmi, kami mengambil langkah penting dalam mengiktiraf kepentingan komuniti AAPI New York dan kepelbagaian yang kaya yang menjadikan New York begitu hebat," menurut Hochul dalam satu kenyataan, merujuk kepada komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.
"Ia bukan hanya hari cuti sekolah - ia adalah peluang untuk anak-anak kita belajar dan meraikan budaya dan tradisi mereka sendiri atau yang berbeza," tambahnya.
Pada 2015, Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan Tahun Baru Cina sebagai cuti sekolah umum rasmi di New York City.
Awal tahun ini, Dewan Senat negeri meluluskan langkah yang membolehkan pelajar di kampus universiti menyambut Tahun Baru Cina tanpa dikenakan penalti.
Tahun Baru Cina seterusnya akan jatuh pada 10 Feb 2024.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#New York
#cuti sekolah
#Kathy Hochul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan