awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand bakal kenakan caj pelancongan kepada pelawat asing di lokasi popular

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2025
03:40 MYT
New Zealand bakal kenakan caj pelancongan kepada pelawat asing di lokasi popular
New Zealand akan kenakan caj NZ$20-NZ$40 kepada pelancong asing di lokasi pelancongan utama seperti Aoraki Mount Cook (foto) mulai akhir tahun ini. -Gambar fail/Adobe Stock Images
WELLINGTON: Kerajaan New Zealand akan mula mengenakan caj di antara NZ$20 dan NZ$40 (RM55–RM110) kepada pelancong asing yang melawat destinasi pelancongan utama seperti Milford Track, Aoraki Mount Cook, Tongariro Crossing dan Cathedral Cove, bermula akhir tahun ini.

Ringkasan AI
  • New Zealand akan kenakan caj NZ$20-NZ$40 kepada pelancong asing di lokasi pelancongan utama mulai akhir tahun ini.
  • Langkah ini dijangka jana NZ$62 juta setahun untuk pemuliharaan dan pembangunan infrastruktur.
  • Rakyat tempatan dikecualikan caj; beberapa pihak bimbang hasil kutipan tidak disalurkan sepenuhnya kepada pemuliharaan.

Perdana Menteri Christopher Luxon berkata langkah itu bertujuan menjana pendapatan tambahan sebanyak NZ$62 juta setahun yang akan dilaburkan semula ke dalam pemuliharaan dan pembangunan infrastruktur di lokasi berkenaan.
“Ramai pelawat asing terkejut apabila mendapati mereka boleh menikmati keindahan semula jadi negara ini secara percuma.
"Sudah tiba masanya mereka menyumbang secara adil,” katanya dalam ucapan di Christchurch pada Sabtu.
Menurut beliau, pelancong asing merangkumi sehingga 80 peratus daripada jumlah pengunjung di beberapa lokasi tumpuan, dan caj tersebut hanya dikenakan di kawasan berimpak tinggi.
"Rakyat New Zealand tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana kawasan pemuliharaan dianggap sebagai warisan bersama.
Langkah ini turut disertai dengan pembaharuan Akta Pemuliharaan bagi memudahkan aktiviti perniagaan seperti pelancongan, pertanian dan pembinaan infrastruktur di kawasan pemuliharaan, yang merangkumi satu pertiga daripada keluasan tanah negara itu.
Menteri Pemuliharaan Tama Potaka berkata sistem pengesahan asal pelawat akan diperincikan, termasuk kaedah harga berbeza seperti yang diamalkan dalam laluan Great Walks.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi pemulihan ekonomi pasca kemelesetan, dengan sektor pelancongan dijadikan pemacu utama pertumbuhan.
Kerajaan turut merancang untuk memansuhkan visa transit bagi pelancong dari China mulai November bagi menarik lebih ramai pelawat.
Bagaimanapun, beberapa pihak seperti Forest & Bird menyuarakan kebimbangan bahawa hasil kutipan mungkin tidak disalurkan sepenuhnya kepada pemuliharaan biodiversiti, sebaliknya digunakan untuk perbelanjaan umum kerajaan.
Topic Berkaitan
#New Zealand
#Pelancong asing
#caj pelancongan
#pemuliharaan dan pembangunan infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan