WELLINGTON: New Zealand akan mengharamkan penjualan rokok elektronik pakai buang.

Negara itu juga akan meningkatkan denda ke atas peniaga yang menjual kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun dan mengawal peniaga dengan lebih baik.

Kerajaan New Zealand telah menerima kritikan kerana membatalkan undang-undang pertama dunia yang melarang penjualan tembakau untuk generasi akan datang.

Menteri Kesihatan Bersekutu, Casey Costello berkata, walaupun vape telah menyumbang kepada penurunan ketara dalam kadar merokok, namun, peningkatan pesat penggunaan vape dalam kalangan belia telah mencetus kebimbangan bagi ibu bapa, guru dan profesional kesihatan.

Di bawah peraturan baharu itu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun akan meningkat.

Selain itu terdapat juga semakan semula pelesenan peniaga vape dan semua vape pakai buang akan diharamkan.

"Kerajaan gabungan komited untuk menangani vape di kalangan belia dan terus menurunkan kadar merokok bagi mencapai matlamat Bebas Asap Rokok iaitu kurang daripada 5 peratus daripada populasi merokok setiap hari menjelang 2025," kata Costello. - Agensi