awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand rancang larangan sepanjang hayat jualan rokok

Agensi
Agensi
09/12/2021
04:43 MYT
New Zealand rancang larangan sepanjang hayat jualan rokok
Perancangan larangan itu setelah mengambil kira segala usaha lain untuk mencegah tabiat merokok yang mengambil masa terlalu lama. - Gambar hiasan
WELLINGTON : Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengenakan larangan ke atas generasi muda daripada membeli rokok sepanjang hayat mereka, dalam sebahagian daripada langkah paling tegas memerangi industri tembakau.
Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, perancangan larangan itu setelah mengambil kira segala usaha lain untuk mencegah tabiat merokok yang mengambil masa terlalu lama.
Apabila undang-undang itu dijadual berkuat kuasa, bermula dari mereka yang masuk usia 14 tahun pada tahun 2027, tidak lagi dibenarkan membeli rokok di negara itu. Pada masa yang sama, paras nikotin di semua rokok yang dijual akan dikurangkan.
"Kami mahu pastikan anak-anak muda tidak mulakan tabiat merokok, maka akan menjadi satu kesalahan untuk menjual atau membekal produk tembakau bagi generasi muda itu,” ujar Menteri Kesihatan, Ayesha Verral dalam satu kenyataan.
Kerajaan akan mendapatkan konsultasi pasukan kesihatan Maori dalam bulan-bulan mendatang sebelum memperkenal rang undang-undang ke Parlimen pada Jun tahun depan. Langkah itu menyasarkan ia dikuat kuasa menjelang penghujung 2022.
Usaha itu sekali gus menjadikan industri runcit tembakau di New Zealand sebagai salah satu yang paling ketat di dunia, di belakang Bhutan yang melarang sepenuhnya penjualan rokok.
Negara jiran New Zealand, Australia, adalah negara pertama di dunia yang mewajibkan pembungkusan sekata (tanpa logo dan warna khas) pada kotak rokok pada 2012.
Topic Berkaitan
#rokok
#New Zealand
#larangan
#industri tembakau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan