Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Najib jalani tahanan rumah di Langgak Duta hingga 2028

Najib Razak
Najib Razak

Ringkasan AI

  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan perintah pelepasan Datuk Seri Najib Razak selepas bayaran denda, membolehkan beliau menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
  • Hakim Datuk Aslam Zainuddin mengesahkan keputusan itu selepas pendakwaan dan pembelaan mencapai persetujuan berhubung pelaksanaan perintah terbabit.
  • Kawalan keselamatan ketat telah didirikan di kediaman Najib di Langgak Duta bagi menyambut ketibaan beliau dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, di sini, sehingga 23 Ogos 2028.

Ketetapan itu dimuktamadkan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada petang Selasa mengesahkan perintah pelepasan tersebut adalah jelas susulan penyelesaian bayaran denda, sekali gus membolehkan bekas Perdana Menteri itu beralih ke kaedah tahanan rumah.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam prosiding semakan perintah pelepasan selepas pihak pendakwaan dan pembelaan mencapai konsensus berhubung pelaksanaan perintah terbabit.

Advertisement

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan semakan bagi memperincikan teks perintah pelepasan bertarikh 6 November lalu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan teknikal undang-undang tanpa menjejaskan titah pengampunan bersyarat Yang di-Pertuan Agong.

Tinjauan di kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta mendapati pos kawalan keselamatan telah didirikan oleh pihak berkuasa dengan kawalan ketat bagi menyambut ketibaan Najib dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Must Watch Video

Advertisement