awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikita Casap dituduh bunuh ibu bapa, rancang bunuh Trump

Bernama
Bernama
13/04/2025
12:00 MYT
Nikita Casap dituduh bunuh ibu bapa, rancang bunuh Trump
Nikita Casap, 17, telah ditahan pada Mac lalu dan didakwa atas dua pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat serta beberapa pertuduhan lain. - Gambar hiasan
MOSCOW: Seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) disyaki membunuh ibu bapanya sebagai persediaan untuk melancarkan cubaan membunuh Presiden AS Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik saluran ABC.
Remaja dari Wisconsin itu didakwa membunuh ibu bapanya bagi memperoleh sumber kewangan dan kebebasan untuk melaksanakan rancangan membunuh Trump dan menggulingkan kerajaan AS, menurut laporan saluran tersebut.
Menurut maklumat yang diperoleh, Nikita Casap, 17, telah ditahan pada Mac lalu dan didakwa atas dua pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat serta beberapa pertuduhan lain.
Penyiasat percaya bahawa Casap mungkin juga terlibat dalam komplot terhadap Trump dan menggunakan senjata pemusnah besar-besaran.
Menurut laporan itu, bahan berkaitan Nazi ditemukan dalam telefon bimbit remaja berkenaan, selain dokumen yang dia didakwa menyeru percubaan pembunuhan ke atas Trump.
Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang percaya remaja itu mungkin mempunyai rakan sejenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#cubaan bunuh
#Amerika Syarikat
#remaja AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan