Ringkasan AI
- Nilai Bitcoin menjunam ke $74,627 pagi ini, penyusutan sekitar -5% berbanding semalam.
- Pasaran saham global mencatatkan penyusutan tertinggi sejak wabak COVID-19, dengan pasaran Asia paling terjejas.
- Tarif baharu 104% ke atas kesemua import China ke Amerika Syarikat diumumkan selepas China mengenakan tarif berbalik 34% ke atas Amerika.
Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin pulih sedikit ke sekitar $76,000, yang masih lebih rendah berbanding nilainya $76,934 dua hari yang lalu.
Ini bermakna hampir kesemua peningkatan nilai yang dicatatkan selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden Amerika November tahun lalu kini terhapus.
Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat.
Pasaran saham global mencatatkan penyusutan tertinggi sejak wabak COVID-19, dengan pasaran Asia paling terjejas teruk kerana bergantung kepada eksport ke Amerika Syarikat.
Tiada tanda pemulihan pasaran dapat dilihat pada ketika ini, dan ia tidak dibantu oleh pengumuman tarif baharu 104% ke atas kesemua import China ke Amerika Syarikat.
Tarif yang lebih melampau ini dikenakan selepas China bertindak mengenakan tarif berbalik 34% ke atas Amerika dan menghalang jualan unsur nadir bumi kepada semua negara. -Amanz
