awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang ditutup sementara untuk pelancaran 'I LITE U'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman

Bernama
Bernama
28/12/2025
08:46 MYT
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
Aduan telah diterima daripada pemimpin setempat mengenai kegagalan pihak telco mengambil tindakan untuk memulihkan perkhidmatan itu sejak 17 Dis lepas. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Syarikat telekomunikasi (telco) diminta mengambil tindakan segera bagi memulihkan gangguan perkhidmatan selular yang berlarutan lebih 10 hari di Kampung Salang, Pulau Tioman, Rompin.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata beliau telah menerima aduan daripada pemimpin setempat mengenai kegagalan pihak telco mengambil tindakan untuk memulihkan perkhidmatan itu sejak 17 Dis lepas.
"Kepentingan dan kebajikan rakyat tidak wajar dipandang ringan terutama apabila melibatkan akses komunikasi asas yang menjadi keperluan utama dalam aspek keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lebih membimbangkan, keadaan cuaca tidak menentu yang melanda beberapa daerah di Pahang termasuk Rompin manakala beberapa kawasan di Pulau Tioman dilaporkan mengalami banjir baru-baru ini.
Sehubungan itu, Fadzli menggesa Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Tindakan ini penting bagi memastikan semua pihak telco bertindak secara lebih bertanggungjawab dan serius dalam menangani isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi termasuk di Pulau Tioman serta menyelesaikan segera segala permasalahan yang dihadapi rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh Pahang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#telco
#perkhidmatan selular
#Pulau Tioman
#kampung salang
#aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan