awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu lapangan terbang: Wajib periksa suhu, pakai penutup hidung dan mulut

Agensi
Agensi
14/05/2020
13:06 MYT
Normal baharu lapangan terbang: Wajib periksa suhu, pakai penutup hidung dan mulut
Pemeriksaan suhu terhadap setiap individu memasuki lapangan terbangan merupakan keterbiasaan baharu yang perlu dihadapi
Pemeriksaan suhu dan pemakaian penutup hidung dan mulut akan menjadi kebiasaan di lapangan terbang Dubai bagi mengurangkan penyebaran COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Griffiths berpandangan, di seluruh dunia ketika ini, pemerintah, pihak lapangan terbang dan syarikat penerbangan wajar mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan sementara untuk memulakan semula perjalanan udara, termasuk pemeriksaan suhu, pemakaian penutup hidung dan mulut serta amalan penjarakan sosial.
Kata beliau, pihaknya perlu mengambil apa sahaja langkah yang diperlukan untuk melindungi orang ramai dan kakitangan lapangan terbang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai merupakan salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia, menghentikan perkhidmatan penumpang pada akhir Mac lalu selepas Emiriah Arab Bersatu mengambil langkah drastik mengekang penularan virus tersebut.
Langkah-langkah keselamatan sementara harus dipraktikkan ketika penerbangan kembali beroperasi tetapi Griffiths berpandangan penjarakan sosial akan membatasi permintaan penerbangan.
Lapangan terbang antarabangsa Dubai, merupakan pusat penerbangan Emirates, mengendalikan Airbus A380 dengan lebih 600 penumpang sebelum penularan COVID-19 memaksa lapangan terbang itu menghentikan penerbangan.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Dubai
#lapangan terbang
#penularan wabak
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan