OSLO: Norway menyatakan persetujuan untuk membantu memudahkan pemindahan dana cukai beku yang diperuntukkan untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dikutip oleh Israel.
Kementerian Kewangan Israel mengutip cukai bagi pihak Palestin dan membuat pemindahan bulanan kepada PA, yang menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat yang diduduki di bawah perjanjian damai sementara yang dicapai pada 1990-an,
Bagaimanapun, tiada pembayaran telah dilakukan sejak November berikutan perang ke atas Gaza yang masih berterusan.
Menurut Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Stoere, penyelesaian sementara itu akan membolehkan pembayaran disambung semula dan mengelak keruntuhan kewangan PA bagi membolehkannya membayar gaji dan menyediakan perkhidmatan penting seperti sekolah dan penjagaan kesihatan.
“Ini penting untuk menggalakkan kestabilan di rantau ini dan untuk PA mempunyai legitimasi di kalangan rakyatnya,” kata Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Store.
Di bawah penyelesaian yang dipersetujui dengan pegawai Israel dan Palestin, Norway akan menjadi perantara yang memegang hasil yang ditahan oleh Israel sejak 7 Oktober lalu.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Norway berkata, bahagian pendapatan Norway akan kekal sama dengan bahagian yang dianggarkan Israel untuk Gaza.
Mengakses hasil adalah kunci kepada kelangsungan PA, yang menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat diduduki Israel.
Beberapa negara Barat, termasuk Amerika Syarikat juga mahu PA memainkan peranan dalam pentadbiran Semenanjung Gaza sekiranya perang berakhir.
Pada 2 November, Israel berkata, ia akan meneruskan pemindahan hasil cukai kepada PA di Tebing Barat tetapi akan menahan dana untuk Gaza yang diperintah oleh Hamas, di mana PA membantu menampung gaji sektor awam serta program perubatan dan bantuan sosial.
Bagaimanapun, pada 6 November, PA berkata, pihaknya mahu wang itu sepenuhnya dan tidak akan menerima syarat yang menghalangnya daripada membayar kakitangan, di mana 30 peratus daripada hasil itu adalah untuk di Gaza.
Pada 21 Januari, pegawai Israel dilaporkan berkata, Kabinet Israel meluluskan rancangan untuk dana cukai beku yang diperuntukkan untuk Semenanjung Gaza dipegang oleh Norway dan bukannya dipindahkan kepada PA. - Agensi
Agensi
Mon Feb 19 2024
Norway menyatakan persetujuan untuk membantu memudahkan pemindahan dana cukai beku yang diperuntukkan untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dikutip oleh Israel. - Gambar fail AP
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.