awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Novak Djokovic dan isteri disahkan positif COVID-19

Agensi
Agensi
23/06/2020
13:13 MYT
Novak Djokovic dan isteri disahkan positif COVID-19
Djokovic dan isterinya Jelena disahkan positif COVID-19. - Gambar fail
PEMAIN tenis nombor satu dunia Novak Djokovic serta isterinya Jelena disahkan positif COVID-19 selepas mereka pulang ke Serbia.
Media antarabangsa melaporkan Djokovic telah dijangkiti ketika memenuhi jadual penganjuran perlawanan amal Adria Tour iaitu sebuah acara amal empat peringkat yang diadakan di Balkan.
Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila ujian yang dijalankan ke atas anak-anaknya adalah negatif. Djokovic bagaimanapun mempertahankan keputusan penganjur yang memutuskan untuk meneruskan acara perlawanan tersebut.
"Kami menganjurkan kejohanan pada saat virus semakin lemah, dan percaya bahawa syarat untuk mengadakan tour telah dipenuhi.
"Sayangnya, virus ini masih ada, dan ini adalah kenyataan baharu yang masih kita pelajari dan hadapi.
"Saya berharap semuanya akan reda seiring dengan waktu sehingga kita semua dapat melanjutkan kehidupan seperti dulu. Saya sangat kesal untuk setiap kes jangkitan. Saya harap ia tidak akan merumitkan keadaan kesihatan seseorang dan semua orang akan baik-baik saja," katanya.
Djokovic menambah bahawa dia akan terus mengasingkan diri selama 14 hari akan datang dan menjalani ujian lain dalam masa lima hari.
Topic Berkaitan
#kesihatan
#koronavirus
#Media
#Novak Djokovic
#sukan
#tenis
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan