INTERNATIONAL
Nvidia bekal cip kepada syarikat Arab Saudi Humain untuk kilang AI

Trump (kiri) berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang (kanan). -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Syarikat cip terkemuka Amerika Syarikat (AS) Nvidia akan membekalkan pemproses berteknologi tinggi kepada syarikat milik kerajaan Arab Saudi, Humain, untuk digunakan di kilang kecerdasan buatan (AI) yang bakal dibina di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Nvidia akan membekalkan pemproses berteknologi tinggi kepada syarikat milik kerajaan Arab Saudi, Humain, untuk digunakan dalam kilang AI yang akan dibina di negara itu.
- Kerjasama strategik ini diumumkan oleh CEO Nvidia, Jensen Huang, semasa forum pelaburan yang berlangsung sempena lawatan Presiden AS Donald Trump ke Arab Saudi.
- Humain akan melabur dalam tempoh lima tahun untuk membangunkan kilang AI berkapasiti 500 megawatt, dengan fasa pertama melibatkan penggunaan 18,000 unit superkomputer AI NVIDIA GB300 Grace Blackwell.
Dalam satu kenyataan, Nvidia memaklumkan Humain akan melabur di Arab Saudi dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunkan kilang AI dengan kapasiti keseluruhan sehingga 500 megawatt.
"Fasa pertama pelaksanaan akan melibatkan 18,000 unit superkomputer AI NVIDIA GB300 Grace Blackwell, yang dilengkapi rangkaian NVIDIA InfiniBand," menurut syarikat itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami