awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang

Bernama
Bernama
01/02/2025
13:06 MYT
Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang
MTI Singapura turut memaklumkan bahawa Nvidia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai DeepSeek memperoleh produk yang dikawal eksport dari Singapura.
SINGAPURA: Singapura menjangkakan Nvidia dan syarikat Amerika Syarikat (AS) lain mematuhi kawalan eksport AS serta perundangan domestik negara itu, susulan laporan bahawa syarikat pemula China, DeepSeek, mungkin memperoleh akses kepada cip Nvidia yang dikawal eksport melalui perantara di republik itu.
Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura pada Sabtu menegaskan bahawa negara itu sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang melanggar peraturan.
"Kami menjangkakan syarikat AS, termasuk Nvidia, untuk mematuhi kawalan eksport AS dan perundangan domestik kami. Agensi kastam dan penguatkuasaan undang-undang kami akan terus bekerjasama rapat dengan rakan sejawat di AS," menurut kenyataan MTI.
Pada Jumaat, dilaporkan bahawa pegawai AS sedang menyiasat sama ada DeepSeek memperoleh cip AS yang dihalang daripada dihantar ke China melalui perantara di Singapura.
MTI berkata berdasarkan laporan suku tahunan terkini Nvidia, Singapura menyumbang kira-kira 22 peratus daripada pendapatan syarikat itu.
Nvidia dalam pemfailan peraturan menyatakan bahawa kebanyakan penghantaran berkaitan pendapatan dari Singapura adalah ke lokasi lain dan penghantaran ke Singapura adalah tidak signifikan.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa Nvidia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai DeepSeek memperoleh produk yang dikawal eksport dari Singapura.
"Nvidia menjelaskan bahawa ramai pelanggan mereka menggunakan entiti perniagaan di Singapura untuk membeli cip bagi produk yang ditujukan ke AS dan negara Barat lain," kata MTI.
MTI turut menekankan bahawa Singapura merupakan hab perniagaan antarabangsa dengan syarikat utama AS dan Eropah mempunyai operasi yang signifikan di republik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DeepSeek
#NVIDIA
#Singapura
#Peraturan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan