awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nyaris maut ikan masuk kerongkong

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2021
01:35 MYT
Nyaris maut ikan masuk kerongkong
Doktor berjaya mengeluarkan ikan yang tersekat dalam kerongkong pemuda berkenaan.
BOGOTA:Berpantang maut sebelum ajal. Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan situasi seorang pemuda yang kritikal selepas tercekik ikan yang dipancingnya.
Insiden pelik itu dilaporkan berlaku di pekan kecil Pivijay, Colombia pada 23 Januari lalu.
Menurut media tempatan, pemuda berusia 24 tahun itu datang sendiri ke unit kecemasan di Hospital Santander Herrera, namun sukar menjelaskan kepada petugas kesihatan berhubung kejadian yang menimpanya.
Pemuda itu dilihat sukar bernafas dan sekadar memberi isyarat sesuatu masuk ke dalam kerongkongnya.
Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor segera menjalankan prosedur mengeluarkan ikan tersebut yang tersekat di bahagian atas salur pernafasan.
"Lelaki itu memberitahu dia memegang ikan tersebut di mulut dan ia tercicir hingga masuk ke kerongkong ketika sedang memancing," kata doktor.
Doktor mengesahkan pesakit dirawat selama dua hari dan telah pulih sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#maut
#ikan
#kerongkong
#tercekik
#Colombia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan