awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama gesa Demokrat keluar beramai-ramai undi Biden

Bernama
Bernama
22/10/2020
05:47 MYT
Obama gesa Demokrat keluar beramai-ramai undi Biden
Barack Obama (gambar) tiba untuk berucap di Citizens Bank Park dalam siri kempen pilihan raya presiden untuk Joe Biden, di Philadelphia, 21 Okt, 2020. (Foto AP)
WASHINGTON:Pengundi Amerika Syarikat perlu keluar seramai mungkin untuk memastikan calon presiden Demokrat Joe Biden mencatat kemenangan besar sehingga tidak mampu dicabar Presiden Donald Trump, seru bekas presiden Barack Obama pada perhimpunan di Philadelphia, Pennsylvania, satu daripada kawasan panas pengundian itu.
"Kita perlu lebih ramai keluar mengundi tidak seperti sebelum ini... kita tidak boleh membiarkan wujud sebarang keraguan dalam pilihan raya ini. Kita tidak boleh mempunyai sebarang keraguan...
"Saya tidak kisah mengenai undi. Ramai yang selesa duduk di rumah dan malas serta berasa selesa (seperti pada 2016). Tapi kali ini tidak boleh," kata Obama pada Rabu.
Obama mengingatkan pengundi mengenai kekalahan mengejut calon Demokrat, Hillary Clinton di tangan Trump pada pilihan raya presiden 2016 dan mendakwa sebahagiannya berpunca kerana ramai pengundi berasa amat yakin terhadap kemenangan Clinton, menyaksikan kadar undi Demokrat amat rendah terutama di lokasi panas, lapor agensi berita Sputnik.
Ini adalah ucapan sulung bekas presiden selama dua penggal, dalam kancah pilihan raya presiden kali ini, dua minggu sebelum hari pemilihan pada 3 November.
Pennsylvania dianggap lokasi panas dan keputusan di negeri ini boleh menentukan keputusan pilihan raya.
Biden, dilahirkan di Scranton, Pennsylvania, menyaksikan Trump semakin ketinggalan di negeri itu, di mana bekas naib presiden itu kini di depan dengan 4.9 peratus, menurut purata dapatan soal selidik Realclearpolitics.com pada pagi Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#pilihan raya presiden
#Donald Trump
#Barack Obama
#Hillary Clinton
#Amerika Syarikat
#perhimpunan
#pemilihan
#calon
#keluar mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan