awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
KPKM laksana kajian khusus nilai struktur beras negara lindungi pesawah, pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama pertahan program intipan Internet

AFP
AFP
18/06/2013
04:15 MYT
Obama pertahan program intipan Internet
Presiden Barack Obama dilihat pada Isnin cuba meredakan ketakutan terhadap program risikan rahsia Amerika Syarikat (AS) dengan enggan membandingkan polisi presiden terdahulu George W. Bush dan Dick Cheney.
Pentadbiran Obama bersifat defensif sejak pembongkaran pada minggu lalu berhubung dua operasi besar oleh Agensi Keselamatan Nasional (NSA) untuk mengesan telefon bimbit warga AS dan memintas laluan Internet global.
Obama berjanji satu badan bebas akan mengkaji semula program berkenaan.
"Saya berpegang kepada kerahsiaan dan kebebasan awam memantau lembaga berkenaan yang diwakili oleh suara ramai," jelas beliau.
"Saya mahu meningkatkan struktur rangkaian kebangsaan dan bukan hanya dua program ini sahaja. Ini termasuk masalah data yang tidak menjadi halangan kepada AS.
Satu sumber rahsia mendedahkan NSA dan FBI memperoleh jumlah data yang besar daripada syarikat Internet di AS bagi memantau emel, dokumen, video, kiriman media sosial dan gambar.
"Jika anda warga AS, NSA tidak akan memantau panggilan dan emel sehinggalah perkara berkenaan mendapat kebenaran mahkamah. Itu peraturan sedia ada," jelas beliau.
"Kita perlu mencari jalan di mana orang ramai merasa terjamin dengan mengetahui panggilan mereka tidak didengari, pesanan ringkas mereka tidak dipantau dan emel mereka tidak dibaca oleh orang lain."
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#George W. Bush
#Presiden Barack Obama
#program risikan rahsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan