awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kutuk pembunuhan beramai-ramai berterusan Israel di Gaza

Bernama
Bernama
23/04/2024
07:45 MYT
OIC kutuk pembunuhan beramai-ramai berterusan Israel di Gaza
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat yang dikebumikan dalam kubur besar di pekarangan Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang tragis dan berterusan oleh pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki susulan laporan penemuan kubur besar baru-baru ini di perkarangan Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.
OIC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata penemuan itu menunjukkan beratus-ratus individu yang hilang tempat tinggal, cedera dan sakit serta konvoi perubatan, telah dikenakan penyeksaan dan penderaan sebelum dibunuh dan dikebumikan secara besar-besaran.
"OIC menganggap ini sebagai jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan keganasan negara terancang yang memerlukan penyiasatan, pertanggungjawaban dan sekatan di bawah undang-undang jenayah antarabangsa," menurut kenyataan itu.
OIC menganggap pendudukan Israel bertanggungjawab atas kesan jenayahnya dan amalan pengganas yang berterusan terhadap rakyat Palestin, sambil menekankan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa mesti memikul tanggungjawabnya dalam hal ini.
"OIC memperbaharui gesaannya kepada masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan, mengenai keperluan untuk menghentikan jenayah perang yang dilakukan oleh pendudukan Israel di Semenanjung Gaza dan memberikan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin," menurut kenyataan itu.
Agensi pertahanan awam Gaza dalam kenyataan pada Isnin berkata pekerja kesihatan telah menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat yang dikebumikan dalam kubur besar di pekarangan hospital itu selepas tentera Israel berundur dari bandar itu pada 7 April berikutan serangan darat selama 4 bulan.
Sekurang-kurangnya 34,151 rakyat Palestin terbunuh dan 77,000 yang lain cedera dalam perang Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan yang teruk di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#pembunuhan beramai-ramai
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan