awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Beijing: AS boikot, tidak hantar pegawai

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
22:20 MYT
Olimpik Beijing: AS boikot, tidak hantar pegawai
Pentadbiran Biden tidak akan menghantar sebarang perwakilan diplomatik atau rasmi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan Sukan Paralimpik. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak akan menghantar pegawai kanannya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 atas faktor kekejaman hak asasi manusia China.
Ini selepas Beijing tidak memperincikan tindak balas mereka terhadap sebarang boikot diplomatik.
Presiden Joe Biden kini mempertimbangkan boikot sedemikian susulan kritikan terhadap rekod hak asasi manusia China.
Ini termasuk dakwaan China melaksanakan pembunuhan beramai-ramai terhadap minoriti Muslim di wilayah barat Xinjiang.
Setiausaha akhbar White House, Jen Psaki berkata, pentadbiran Biden tidak akan menghantar sebarang perwakilan diplomatik atau rasmi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan Sukan Paralimpik.
Tindakan boikot ini sebahagian bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang berterusan di Xinjiang dan pelanggaran hak asasi manusia yang lain oleh China.
Bagaimanapun katanya, boikot diplomatik tidak akan menjejaskan kehadiran atlet Amerika Syarikat.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kedutaan China di Washington berhubung perkara tersebut.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian sebelum ini di Beijing berkata, boikot harus dihentikan "supaya tidak menjejaskan dialog dan kerjasama antara China dan Amerika Syarikat dalam bidang penting."
Amerika Syarikat seterusnya akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 2028 di Los Angeles, menimbulkan persoalan bagaimana China mungkin bertindak balas buat sementara waktu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#boikot
#Sukan Olimpik Musim Sejuk
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan