Operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau melalui kaedah pembenihan awan oleh pasukan menangani bencana Indonesia berjaya menghasilkan hujan di Bukit Kapur, Dumai pada Ahad.
Pasukan gabungan yang diketuai Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia itu memperhebat operasi pemadaman kebakaran secara bersepadu untuk hari kedua pada Ahad dengan operasi darat dan udara.
"Hari ini (Ahad) operasi pemadaman oleh pasukan darat dan udara akan diteruskan. Pasukan udara mengerahkan dua helikopter Bolco untuk melakukan pengeboman air dan dua pesawat Hercules dan Cassa untuk melakukan pembenihan awan," kata BNPB dalam kenyataan di sini.
Semalam, operasi bersepadu yang menggunakan dua helikopter Bolco yang mampu mengangkut 500 liter air, melakukan 16 kali pemadaman melalui kaedah pengeboman air di daerah Mandau dan berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 100 meter persegi.
Dalam operasi pembenihan awan pula, dua tan garam telah ditabur ke dalam awan menggunakan dua pesawat hercules di daerah Mandau, Bengkalis dan Duri.
Operasi darat juga dilakukan di Bengkalis dengan mengerahkan anggota tentera dan polis, masyarakat tempatan, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan agensi-agensi kerajan yang berkaitan.
Sementara itu pantauan satelit pada Sabtu mengesan 92 titik panas di Riau, berbanding hanya 13 titik panas yang dikesan pada Jumaat, namun pihak berkuasa menyangkal bahawa aktiviti pembakaran hutan semakin meningkat.
"Adanya peningkatan jumlah 'hotspo't itu lebih disebabkan ketidakmampuan sensor satelit mengesan 'hotspot' kerana tebalnya asap sehingga sensor 'thermal' dari satelit itu tidak dapat tembus ke permukaan tanah. Jadi ini bukan disebabkan meningkatnya aktiviti pembakaran," kata BNPB.
Daripada 92 titik panas itu sebahagian besarnya adalah di daerah Rokan Hilir dan Bengkalis.
Tiupan angin di Riau yang mengarah ke timur dan timur laut telah membawa asap daripada kebakaran itu ke beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Satelit juga mengesan 12 titik panas di Jambi, Sumatera dan 18 titik panas masing-masing di Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur.
Bernama
Sun Jun 23 2013
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Melaka terima pelancong dari Dumai, Indonesia melalui feri bermula 5 Mei
Melaka bakal menerima kemasukan pelancong dari Dumai, Indonesia melalui ICQS Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Kota Laksamana.
Melaka rancang bina terowong dasar laut - Sulaiman
Kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.
Melaka jalin kerjasama dengan Pekanbaru, Dumai bangunkan sektor pelancongan
MoU berkenaan memberi penekanan terhadap kerjasama membangunkan produk pelancongan bas elektrik dan pelancongan kesihatan.
Jambatan Selat Melaka: Penghubung atau pemisah?
Adakah kos pembinaan jambatan yang tinggi menggunung ini boleh ditampung dengan penggunaan yang berterusan?
Cadangan pembinaan jambatan baru ke Indonesia
Cadangan pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Teluk Gong di Melaka dengan Dumai, Indonesia, mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Operasi pembenihan awan berjaya hasilkan hujan di Dumai, Indonesia
Kaedah pembenihan awan oleh pasukan menangani bencana Indonesia berjaya menghasilkan hujan di Bukit Kapur, Dumai.