awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab

Bernama
Bernama
05/10/2024
15:41 MYT
Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab
Al-Aqra menjelaskan bahawa Hamas menunjukkan kemampuannya untuk mengubah dinamik pertempuran. - Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Seorang penganalisis Arab percaya bahawa Operasi Ribut Al-Aqsa, yang dilancarkan oleh pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, di wilayah selatan yang diduduki Israel pada Oktober tahun lepas, mencetuskan perubahan ketara dalam persamaan pertempuran, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Penganalisis politik Marwan Al-Aqra berkata operasi itu menghidupkan kembali isu Palestin dari segi politik dan mewujudkan pandangan bahawa kumpulan berkenaan dapat membawa perubahan asas dalam pertempuran dengan Israel, menurut laporan IRNA memetik agensi berita Palestin, Shehab, pada Sabtu.
Al-Aqra menjelaskan bahawa Hamas menunjukkan kemampuannya untuk mengubah dinamik pertempuran.
"Apa yang dicapai oleh penentangan pada 7 Okt adalah contoh jelas tentang perubahan asas dalam persamaan pertempuran," katanya.
Beliau meluahkan kekesalan bahawa hampir setahun selepas konflik bermula, jumlah kematian di Gaza telah melebihi 41,000 dan ratusan ribu cedera, rumah dan masjid musnah, sementara masyarakat antarabangsa kekal berdiam diri.
Al-Aqra menyifatkan Operasi Ribut Al-Aqsa sebagai kejayaan ketenteraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap Israel, menekankan bahawa ia telah meletakkan rejim Israel di laluan kemerosotan, satu pandangan yang semakin dikongsi bahkan di dalam Israel sendiri.
"Ini adalah kebimbangan terbesar Israel, yang memburukkan lagi mimpi ngerinya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumlah kematian
#Iran
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan