awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 117 tahun di Sepanyol

Bernama
Bernama
20/08/2024
15:00 MYT
Orang paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 117 tahun di Sepanyol
Dilahirkan pada 4 Mac 1907 di San Francisco, Amerika Syarikat, Branyas berpindah ke Sepanyol semasa kecil pada 1915. - Gambar X @Chavista0101
ISTANBUL: Maria Branyas, orang paling tua di dunia yang berusia 117 tahun, meninggal dunia pada Isnin, lapor Agensi Anadolu pada Selasa.
Dilahirkan pada 4 Mac 1907 di San Francisco, Amerika Syarikat, Branyas berpindah ke Sepanyol semasa kecil pada 1915.
Beliau memegang gelaran sebagai orang paling tua di dunia sejak 17 Jan 2023, selepas kematian super sentenarian Perancis, Lucile Randon pada usia 118 tahun, menurut agensi itu yang memetik media Sepanyol.
Seorang super sentenarian ialah individu yang berusia 110 tahun atau lebih.
Kumpulan Penyelidikan Gerontologi (GRG), yang menyelia senarai Rekod Dunia Guinness untuk orang paling tua, mengesahkan bahawa usia dan status Branyas telah disahkan secara saintifik. Pada bulan Julai, beliau menjadi individu kelapan paling lama hidup dalam sejarah yang direkodkan, menurut data GRG.
Kehidupan Branyas merangkumi pelbagai peristiwa bersejarah, termasuk terselamat daripada pandemik COVID-19. Pada usia 113 tahun, beliau dijangkiti dan sembuh daripada virus itu pada April 2020, menjadikannya sebagai individu tertua yang diketahui berjaya pulih daripada penyakit berkenaan pada masa tersebut.
Sebelum pengiktirafan globalnya, Branyas telah diiktiraf sebagai orang paling tua di Sepanyol sejak 22 Dis 2019.
Kumpulan Penyelidikan Gerontologi dan Rekod Dunia Guinness dijangka mengumumkan pemegang baharu gelaran "orang paling tua di dunia" dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#rekod dunia Guinness
#orang paling tua
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan