awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
04/07/2017
14:10 MYT
Padah tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung
Dia kemudian menggigit daun itu dan berkata "yum" dan "hebat" sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena. -Youtube Blagag!
SEORANG vlogger dari China bergegas ke hospital selepas tersilap makan daun beracun ketika penstriman langsung di media sosial.
Vlogger kesihatan yang hanya dikenali dengan nama Zhang itu dilaporkan merakam dirinya memakan sejenis daun yang disangkanya daun lidah buaya (Aloe Vera).
Menurut portal Business Insider, daun itu dikenal pasti daripada sejenis tumbuhan beracun dari Mexico bernama Agave Americana.
Dalam video tersebut, Zhang dilihat memegang dua helai daun yang kelihatan seperti daun lidah buaya.
Dia kemudian menggigit daun itu dan berkata "yum" dan "hebat" sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
"Oh, rasanya pahit. Sangat pahit," katanya di hadapan kamera.
Setelah mulutnya mulai berasa kebas dan tekaknya sakit, Zhang lantas menghentikan penstriman langsung dan bergegas ke hospital.
Menurut laporan berita tempatan, vlogger tersebut mengalami ruam serta lepuh, dan doktor terpaksa mengeluarkan sisa daun berkenaan dari perut untuk menyelamatkan nyawa Zhang.
Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#aloe vera
#China
#kesihatan
#media sosial
#video
#Zhang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan