awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Bayi, warga emas antara mangsa dipindahkan ke PPS
Bomba akan guna helikopter padam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar dakwa bantuan GHF helah Israel untuk serang penduduk Gaza

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2025
11:26 MYT
Pakar dakwa bantuan GHF helah Israel untuk serang penduduk Gaza
Dr Mads Gilbert dakwa operasi GHF adalah sebahagian rancangan pendudukan Israel untuk lakukan penghapusan etnik dan genosid terhadap rakyat Palestin.
GAZA: Pusat agihan bantuan dikendalikan Gaza Humanitarian Foundation (GHF) tidak membantu secara langsung dalam usaha mengatasi kebuluran di wilayah bergolak itu.

Ringkasan AI
  • Dr Mads Gilbert mendakwa pusat agihan bantuan GHF tidak membantu mengatasi kebuluran di Gaza dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada rancangan penghapusan etnik oleh Israel.
  • Beliau menegaskan makanan yang diagihkan tidak memenuhi keperluan asas dan memerlukan proses memasak, sedangkan infrastruktur Gaza telah musnah.
  • Kritikan terhadap sistem agihan bantuan yang disokong AS dan Israel semakin meluas, dengan Amnesty International dan lebih 170 NGO menggesa agar tanggungjawab dikembalikan kepada PBB.

Pakar perubatan kecemasan dari Norway, Dr Mads Gilbert, yang telah lama berkhidmat di Semenanjung Gaza, sebaliknya mendakwa operasi tersebut adalah sebahagian daripada rancangan pendudukan Israel untuk melaksanakan penghapusan etnik dan genosid terhadap rakyat Palestin.
Dalam temu bual bersama Al Jazeera, Dr Gilbert berkata pakej makanan yang diagihkan GHF adalah terlalu sedikit dan tidak memenuhi keperluan asas pemakanan penduduk Gaza.
“Tiada susu, tiada telur — sama ada dalam bentuk fizikal atau serbuk. Tiada susu formula bayi, yang amat diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa makanan yang dibekalkan memerlukan proses memasak, sedangkan kemudahan memasak hampir tidak wujud di Gaza akibat kemusnahan infrastruktur.
“Organisasi ini menggunakan makanan sebagai umpan untuk menarik orang yang kelaparan, menakutkan mereka dan membunuh mereka.
"Menembak orang yang beratur untuk mendapatkan makanan adalah jenayah perang,” tegasnya.
Kenyataan Dr Gilbert hadir di tengah-tengah kritikan meluas terhadap sistem agihan bantuan baharu yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, yang telah menyebabkan ratusan kematian di pusat agihan GHF sejak ia mula beroperasi pada akhir Mei.
Amnesty International dan lebih 170 pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa turut menggesa agar sistem tersebut dihentikan serta-merta dan tanggungjawab pengagihan dikembalikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
GHF setakat ini belum mengeluarkan kenyataan balas terhadap dakwaan Dr Gilbert, namun sebelum ini menegaskan bahawa mereka telah mengagihkan lebih 52 juta hidangan dan bersedia untuk bekerjasama dengan organisasi kemanusiaan lain.
Topic Berkaitan
#Mads Gilbert
#Pakar perubatan kecemasan
#GHF
#pusat agihan bantuan
#Gaza Humanitarian Foundation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan