awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan pemerintah di Jepun di ambang kehilangan majoriti dalam pilihan raya - NHK

Bernama
Bernama
27/10/2024
13:43 MYT
Pakatan pemerintah di Jepun di ambang kehilangan majoriti dalam pilihan raya - NHK
LDP yang dipimpin oleh Perdana Menteri Shigeru Ishiba, dan Komeito memerlukan 233 kerusi untuk mengekalkan majoriti dalam dewan 465 kerusi. - Reuters
TOKYO: Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah Jepun bersama rakan gabungannya, Komeito, berisiko kehilangan majoriti di Dewan Perwakilan dalam Pilihan Raya Umum pada Ahad, selepas tinjauan keluar menunjukkan LDP bakal kehilangan majoriti parti tunggal, menurut siaran NHK seperti dilaporkan Xinhua.
Setakat 8 malam waktu tempatan selepas pusat pengundian ditutup, ramalan NHK menunjukkan pakatan pemerintah dijangka memenangi antara 174 hingga 254 kerusi di Dewan Perwakilan, menjadikan sasaran pakatan untuk mencapai majoriti mudah 233 kerusi berada dalam kedudukan yang tidak menentu.
Bagi LDP sahaja, jumlah kerusi yang dijangka berkisar antara 153 hingga 219, menjadikan hampir pasti bahawa parti itu akan gagal mencapai majoriti mutlak di Dewan Perwakilan.
Sementara itu, rakan gabungannya, Komeito, dijangka memenangi antara 21 hingga 35 kerusi.
LDP yang dipimpin oleh Perdana Menteri Shigeru Ishiba, dan Komeito memerlukan 233 kerusi untuk mengekalkan majoriti dalam dewan 465 kerusi itu. Sebelum ini, LDP mempunyai 247 kerusi, cukup untuk majoriti secara bersendirian, manakala Komeito memiliki 32 kerusi.
Sejak pilihan raya 2012, apabila LDP kembali berkuasa selepas tewas pada 2009, ia telah memenangi majoriti dalam dewan 465 kerusi itu secara bersendirian dalam empat pilihan raya berturut-turut.
Parti Pembangkang Utama, Parti Demokratik Perlembagaan Jepun, nampaknya pasti mencatatkan peningkatan ketara dan dijangka memperoleh antara 128 hingga 191 kerusi, meningkat daripada 98 kerusi sebelum pilihan raya, menurut NHK.
Peningkatan ini akan mengukuhkan pengaruh pembangkang di Dewan Diet dan boleh menjejaskan keupayaan pakatan pemerintah untuk meluluskan undang-undang dengan lancar, katanya.
Pada hari pengundian, NHK menjalankan tinjauan keluar di lebih 4,000 pusat pengundian di seluruh negara, mengumpulkan maklum balas daripada kira-kira 318,000 pengundi daripada 492,000 yang menyertai tinjauan - kadar tindak balas sebanyak 64.8 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#parti pemerintah
#Jepun
#LDP
#Komeito
#politik jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan