NEW DELHI: Pakistan bersama negara Islam lain mengecam serangan Israel ke atas Masjid Al Aqsa pada Jumaat, susulan ketegangan terus memuncak di Baitulmaqdis.
"Kami mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas jemaah terutama ketika Ramadan, ia melanggar norma kemanusiaan dan undang-undang hak asasi manusia," menurut Kementerian Luar Pakistan (MOFA) dalam satu kenyataan.
"Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Israel telah membunuh berpuluh-puluh dan mencederakan ramai rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur serta kawasan lain.
"Peningkatan aktiviti keganasan tentera Israel di wilayah Palestin amat dikesali," menurut kementerian itu.
Sehingga kini, tentera Israel telah mencederakan kira-kira 150 rakyat Palestin dan menahan ratusan orang selepas menyerbu pekarangan masjid pada Jumaat, menurut laporan.
Rakyat Palestin mengadakan protes selepas serangan itu dan menyeru negara Islam melindungi Al-Aqsa.
Sebilangan ahli politik Pakistan turut mengecam tindakan Israel dan menyuarakan solidariti bersama rakyat Palestin.
Pengerusi Senat Muhammad Sadiq Sanjrani berkata kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu harus memberi perhatian segera mengenai pencerobohan itu dan meminta tentera Israel bertanggungjawab terhadap keganasan yang tercetus.
"Keganasan yang berlaku di Masjid Al Aqsa adalah satu perkara yang amat menyedihkan," ciap Sanjrani di Twitter.
Sementara itu, bekas perdana menteri Imran Khan berkata serangan Israel ketika umat Islam sedang solat di tapak ketiga paling suci itu menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Mereka yang mengutuk serangan Israel termasuk bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Qasim Khan Suri, bekas Menteri Luar Negeri Shah Mahmood Qureshi dan bekas Speaker Dewan Negara Asad Qaiser.
Keganasan di Baitulmaqdis baru-baru ini menimbulkan kebimbangan berulangnya tragedi pembunuhan beramai-ramai pada Mei tahun lalu apabila Israel membunuh lebih 250 rakyat Palestin dan mengakibatkan 1,900 lagi cedera di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Warga Palestin bertembung dengan tentera Israel di pekarangan masjid Al-Aqsa. -Reuters
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Pakistan kecam serangan Israel ke atas masjid Al-Aqsa
Sehingga kini, tentera Israel telah mencederakan kira-kira 150 rakyat Palestin dan menahan ratusan orang.