DUNIA
Palestin mohon keahlian penuh BRICS - Laporan

Palestin memohon keahlian penuh dalam BRICS tetapi masih belum menerima jawapan dan akan terus mengambil bahagian sebagai tetamu buat masa ini.
MOSCOW / ISTANBUL: Palestin memohon keahlian penuh dalam BRICS tetapi masih belum menerima jawapan dan akan terus mengambil bahagian sebagai tetamu buat masa ini, kata Duta Palestin ke Rusia Abdel-Hafiz Nofal pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap kepada agensi berita Rusia RIA, Nofal mengesahkan yang pihak berkuasa Palestin telah mengemukakan permohonan rasmi.
"Tetapi seperti yang anda tahu, Palestin mempunyai syarat tertentu. Saya percaya sehingga syarat ini membolehkan kami menjadi ahli penuh, Palestin akan mengambil bahagian dalam kesatuan itu sebagai tetamu. Setakat ini, kami belum menerima sebarang jawapan," katanya.
BRICS ditubuhkan pada 2006 oleh Rusia, China, India, dan Brazil dengan Afrika Selatan menyertai pada 2011. Sejak 2024, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ethiopia dan Iran menyertai blok itu, manakala Indonesia menyertai pada Januari 2025.Negara rakan yang bekerjasama dengan BRICS termasuk Belarus, Bolivia, Cuba, Kazakhstan, Malaysia, Nigeria, Thailand, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.
Bertindak balas terhadap langkah Palestin, China pada Jumaat berkata: "Kami mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi yang sealiran untuk menyertai kerjasama BRICS dan bersama-sama berusaha untuk order antarabangsa yang lebih adil dan saksama."
BRICS adalah platform penting untuk kerjasama dalam kalangan pasaran baru muncul dan negara membangun serta sumber dorongan yang kuat untuk multipolar dan demokrasi yang lebih besar dalam hubungan antarabangsa.
"Platform ini diiktiraf secara meluas oleh negara Selatan Global," kata jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun kepada pemberita di Beijing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami