KOBE: Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.
Tan Tan, panda betina, dalam program rawatan selepas didapati menghidap penyakit jantung pada Mac 2021, dipercayai mati akibat akibat penyakit itu.
Menurut pihak zoo, seorang penjaga zoo mendapati Tan Tan mengalami henti jantung sejurus selepas 10 malam Ahad dan kematiannya disahkan pada 11.56 malam selepas doktor haiwan melakukan resusitasi.
Tan Tan tiba di Jepun pada 2000, bersama-sama dengan panda gergasi jantan, Kou Kou, untuk penyelidikan pembiakan bersama antara Jepun dan China. Kou Kou mati pada 2010.
"Tan Tan tiba tidak lama selepas Gempa Bumi Besar Hanshin 1995, yang melanda Kobe dengan kuat, memberi kekuatan kepada warga Kobe dan peminat di Jepun dan menyaksikan pembinaan semula Kobe," kata Pengarah Zoo Yujiro Kako, 55, dalam sidang akhbar.
Kepulangan Tan Tan ke China diputuskan pada 2020, tetapi ditangguhkan kerana penularan COVID-19 dan penyakit yang dihadapinya. Pakar kemudian dihantar dari China untuk memberinya ubat dan rawatan lain.
Zoo itu merancang untuk menyediakan platform untuk bunga peringatan pada Selasa. Ia akan berunding dengan badan kerajaan China yang berkaitan mengenai sama ada ia akan membiak panda baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Tan Tan dipercayai mati akibat akibat penyakit jantung. - Gambar/ Kobe City Oji Zoo
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun
Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.
Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi
Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi
Penghantaran pulang anak panda gergasi dilaksanakan mengikut perjanjian China-Malaysia - NRECC
Penghantaran pulang Yi Yi dan Sheng Yi ke China pada 29 Ogos ini dilaksanakan sebagai mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan China.
Panda dipajak China kepada Korea Selatan lahirkan anak kembar
Seekor panda gergasi yang dipajak oleh China kepada Korea Selatan tujuh tahun lepas, melahirkan anak panda kembar pertama di negara itu minggu lalu, menurut Taman Tema Everland pada Selasa.
Panda gergasi di Zoo Chiang Mai mati pada usia 21 tahun
Lin Hui mengalami masalah pendarahan hidung dan menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan.
Leka bergambar, kakitangan zoo berjaya selamatkan remaja jatuh dalam kandang panda
Seorang remaja berjaya diselamatkan selepas masuk ke kandang panda gergasi di Zoo Adelaide untuk mendapatkan telefon pintarnya.
Temui Yi Yi, anak kedua panda gergasi
Pengumuman dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara sebentar tadi.
Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.
Anak panda 'naik angin' dengan isteri Presiden Perancis
Biarpun hanya berusia empat bulan, anak panda pertama yang dilahirkan di Perancis mula menunjuk perangainya.