awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panda gergasi tertua, Eimei mati pada usia 32 tahun

Bernama
Bernama
14/02/2025
15:45 MYT
Panda gergasi tertua, Eimei mati pada usia 32 tahun
Eimei, yang menjadi bapa kepada 16 anak panda di sebuah zoo di Wilayah Wakayama, barat Jepun, mati pada 25 Jan akibat kegagalan pelbagai organ. - Gambar ihsan kyodo via BERNAMA
SHANGHAI: Eimei, panda gergasi tertua di dunia yang pernah dipinjamkan oleh China kepada Jepun, mati pada usia 32 tahun, bersamaan dengan 100 tahun umur manusia, umum sebuah pusat penyelidikan panda di China pada Jumaat, lapor Kyodo.
Eimei, yang menjadi bapa kepada 16 anak panda di sebuah zoo di Wilayah Wakayama, barat Jepun, mati pada 25 Jan akibat kegagalan pelbagai organ, lapor Kyodo News dengan memetik Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu di Wilayah Sichuan.
Pada hari-hari terakhirnya, Eimei mengalami kemerosotan kesihatan dengan simptom seperti kelesuan, hilang selera makan dan kesukaran bernafas. Pusat berkenaan menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kematian panda itu, yang "membuka lembaran baharu dalam kerjasama pemuliharaan panda gergasi di peringkat antarabangsa."
Eimei tiba di Jepun secara pinjaman pada 1994 ketika berusia satu tahun dan menghabiskan hampir tiga dekad di Zoo Adventure World di Wakayama sebagai sebahagian daripada program kerjasama pembiakan antara kedua-dua negara Asia itu.
Pada Februari 2023, Eimei dihantar pulang ke China bersama anak kembarnya, Ouhin dan Touhin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#panda gergasi
#program kerjasama
#peringkat antarabangsa
#lembaran baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan