Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang yang membolehkan hukuman denda sehingga RM6,000 ke atas mereka yang melanggani pelacur.
Undang-undang anti pelacuran yang mencetuskan kontroversi itu diluluskan oleh Dewan Rakyat Perancis dengan 268 wakil rakyat menyokong, 138 menentang dan 79 berkecuali.
Rang undang-undang itu yang menunggu kelulusan Dewan Senat diilhamkan daripada perundangan sama di Sweden yang menghukum pelanggan pelacur dengan tujuan menghapuskan kerjaya tertua di dunia itu.
Ia ditaja oleh Menteri Hak Asasi Wanita, Najat Vallaud-Belkacem yang menyifatkan kelulusan rang undang-undang pada Rabu itu sebagai "penamat laluan yang penuh liku".
Pendukung kempen menentang pelacuran menyambut baik perkembangan itu. Bagaimanapun, ia ditentang oleh beberapa pihak termasuk selebriti terkenal Perancis yang melihat perundangan itu akan menyebabkan pelacur menjalankan operasi mereka secara sulit dan pekerja seks itu akan terdedah kepada penganiayaan.
Membayar atau menerima bayaran untuk seks sekarang ini bukan satu jenayah di Perancis. Tetapi mereka yang jadi orang tengah atau ibu ayam termasuk menjalankan operasi rumah pelacuran adalah satu kesalahan.
Menurut kerajaan, rang undang-undang baru itu bertujuan untuk melindungi wanita daripada dianiaya dan jadi mangsa pemerdagangan manusia.
Di bawah undang-undang itu, mereka yang melanggan pelacur akan didenda sehingga RM6,000 bagi kesalahan pertama dan sekali ganda bagi kesalahan berikutnya.
Mereka juga boleh ditawarkan pilihan untuk mengikuti kursus kesedaran mengenai realiti pelacuran dan kesengsaraan mereka yang terjebak dalam kancah itu.
Perancis dianggarkan mempunyai lebih 20,000 pelacur dengan 80 peratus daripadanya datang dari negara lain termasuk Eropah Timur, Afrika, China dan Amerika Selatan.
Rang undang-undang itu juga mempunyai peruntukan untuk membantu pelacur berhenti termasuk permit pemastautin selama enam bulan untuk mereka mencari kerja.
Agensi
Thu Dec 05 2013
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam Ops Noda
Polis menahan 11 wanita warga asing disyaki pelacur dan empat lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' dalam serbuan di beberapa premis sekitar ibu negara, semalam.
Rumah dijadikan sarang pelacuran
Seramai enam wanita warga asing ditahan dalam Ops Noda kerana disyaki terlibat aktiviti pelacuran.
Op Noda: Polis Melaka tahan 14 pelacur warga asing
Polis Melaka mematahkan satu sindiket pelacuran di negeri ini selepas menahan 14 pelacur membabitkan warga Vietnam dan warga Thailand.
Wanita warga asing patah kaki terjun bangunan semasa serbuan
14 wanita warga Thailand dipercayai dijadikan pelacur ditangkap dalam serbuan Op Noda dalam dua serbuan di ibu kota.
Guna WeChat dan MiChat tawar khidmat pelacuran, dua wanita ditahan
Dua wanita berusia 22 dan 28 tahun ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dan mencari pelanggan melalui aplikasi atas talian.
Orang Pas tidak faham apa itu 'pelacur' - Takiyuddin
'Orang Pas' atau ahli-ahli parti berkenaan tidak memahami apa sebenarnya istilah "pelacur" seperti yang dilabel pemimpin veteran UMNO bekenaan.
'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
Dua rumah jalankan aktiviti pelacuran di Kota Bharu diserbu, 15 ditahan
Mereka ditahan dalam Op Noda dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Lapan pelacur warga asing ditahan dalam serbuan Op Noda
Mereka yang ditahan terdiri daripada enam warga Thailand, seorang warga Vietnam dan seorang warga Myanmar, masing-masing berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun.
KLWBC2020: 'Membaca' ruang gelap Kuala Lumpur
Pada 2006, Amin antara puluhan anak pelacur yang bersepah di depan KFC Jalan Chow Kit. Era beyblade baru diperkenal. Gasing putar dengan lampu warna-warni kegilaan kanak-kanak.