awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah dijadikan sarang pelacuran

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2021
22:30 MYT
Rumah dijadikan sarang pelacuran
Enam wanita warga asing ditahan dalam Ops Noda di sebuah premis kediaman di Pusat Bandar Utara, Jinjang, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Seramai enam wanita warga asing ditahan dalam Ops Noda kerana disyaki terlibat aktiviti pelacuran di sebuah kediaman di Pusat Bandar Utara, Jinjang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan jam 9.30 malam itu, kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 48 tahun dipercayai menjadikan premis tersebut sebagai sarang pelacuran.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati modus operandi kegiatan ini berselindung di sebalik rumah persendirian dan mereka dipercayai baru sahaja beroperasi sejak dua minggu lepas.
"Polis berjaya merampas wang tunai anggaran RM200, kondom pelbagai jenama, sebuah tablet warna hitam, sebuah perakam digital, minyak urut dan minyak pelincir," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan penyalahgunaan permit pekerjaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#pelacur
#warga asing
#Beh Eng Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan