KOTA BHARU: Seramai 15 individu termasuk lima wanita tempatan yang dipercayai pelacur ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di kawasan Kota Bharu, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata mereka ditahan dalam Op Noda dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Beliau berkata, selain lima wanita itu, turut ditahan ialah sembilan lelaki tempatan serta seorang lelaki Myanmar.
Katanya, salah seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai 'bapa ayam' yang menguruskan tempahan pelanggan melalui aplikasi MiChat.
"Dalam operasi ini, PDRM Kelantan berjaya merampas barang kes yang digunakan untuk aktiviti pelacuran iaitu satu buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, kondom yang sudah dan belum digunakan selain lapan unit telefon bimbit pelbagai jenama.
"Turut dirampas wang tunai RM 1,917," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, katanya lagi.
Vivi Sumanti
Wed Feb 24 2021

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, katanya. - Gambar hiasan

Kemenangan saat akhir, tuah menyebelahi TFC - Nafuzi
Tuah dianggap berpihak kepada TFC apabila pasukan itu memperoleh kemenangan 1-0 ke atas KL City FC dalam aksi Liga Super 2021 malam tadi.

Bazar Ramadan: Gagal patuhi SOP, Bazar Tok Adis diarah tutup sementara
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April.

Zamani oh Zamani ... harap tabah hadapi derita penyakit autoimun
Keadaan ini dipercayai menyukarkan pergerakannya sehingga dia kelihatan agak terbongkok-bongkok apabila berjalan.

Suami orang dicekup khalwat dengan wanita bujang
Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Padang Serai, Kulim dalam satu serbuan pada jam 1.54 pagi Sabtu.

AWANI Ringkas: Video promosi judi, JAKIM pandang serius
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15 | Tun M sedia kerjasama dengan mana-mana pihak
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ulangi pendirian sedia bekerjasama dengan mana-mana untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15. Ini termasuk Perikatan Nasional (PN).

PKPD | Beberapa kawasan di Tawau, Kota Bharu dan Bentong
Berkuatkuasa hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua kawasan di Tawau Sabah, dua kawasan di Bentong dan satu kawasan di Kota Bharu. PKPD ini akan dilaksanakan sehingga 30 April.

PKPD | Penduduk rayu diberi kelonggaran
Sementara itu, biarpun akur dengan keputusan kerajaan, penduduk di Tawau merayu kerajaan beri sedikit kelonggaran dalam pelaksanaan PKPD supaya mereka ada ruang menjana pendapatan. Jika tidak, mereka mohon kerajaan terus salurkan bantuan bakul makanan, agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Lapan individu terlibat iklan judi raya ditahan
Sebanyak 38 laporan polis berkaitan video ini dibuat sebelum polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 26 tahun yang berlakon dalam iklan berkenaan.

Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja dan bukan pengebumian negara.

Kenderaan istiadat zaman Empayar Rom ditemukan dekat kota Pompeii
Kota Pompeii dipercayai didirikan sekitar abad ke-6 oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Dua rumah jalankan aktiviti pelacuran di Kota Bharu diserbu, 15 ditahan
Mereka ditahan dalam Op Noda dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Pengasas Sugarbook ditahan
Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai pengasas kepada aplikasi Sugarbook.

DBKL tutup 18 rumah urut, hotel terlibat aktiviti pelacuran
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup 18 premis melibatkan hotel dan rumah urut yang menjalankan aktiviti pelacuran, dalam operasi sejak awal tahun hingga semalam.

Sindiket pelacuran berselindung di sebalik WeChat serta MiChat terbongkar
Pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu perlu memberi kata laluan yang dikongsi menerusi aplikasi itu.

20 individu ditahan terbabit aktiviti pelacuran di daerah Sentul
Serbuan dilakukan bermula 2.03 pagi di beberapa premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran.

Finas pandang serius isu-isu dikaitkan dengan penggiat industri kreatif
Finas pandang serius isu melibatkan aktiviti pengubahan wang haram, perjudian dalam talian dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan beberapa penggiat industri kreatif.

Ingkar PKP: 312 individu ditahan, termasuk kaki kelab malam, pelacuran
Daripada jumlah tersebut, 267 individu telah dikompaun manakala 38 individu direman dan 7 individu lagi dijamin.

Bersosial di kelab malam dan pelacuran, ini lima perkara penting kenyataan akhbar Ismail Sabri
Lima perkara penting daripada kenyataan akhbar Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

31 pelacur warga asing, 13 anggota sindiket dicekup di Johor
Aktiviti persundalan yang beroperasi 24 jam sehari itu menawarkan bayaran antara RM190 hingga RM650 bergantung kepada pakej ditawarkan.