Skip to main content

Dunia

Parti Green UK terima pakai pendirian anti-Zionis, isytihar Zionisme sebagai bentuk perkauman

Ketua Parti Green UK Zack Polanski berucap pada satu persidangan di Brighton, Britain, 2 Okt 2026. - Gambar fail/REUTERS
Ketua Parti Green UK Zack Polanski berucap pada satu persidangan di Brighton, Britain, 2 Okt 2026. - Gambar fail/REUTERS

Advertisement

LONDON: Parti Green United Kingdom (UK) secara rasmi menerima pakai pendirian anti-Zionis pada Ahad selepas anggotanya mengundi menyokong usul yang mengisytiharkan Zionisme sebagai satu bentuk perkauman pada persidangan tahunan parti itu di Brighton, dalam langkah yang disifatkan sebagai "bersejarah" dalam politik Britain.

Usul yang dikemukakan kumpulan Greens for Palestine dalam parti itu memperoleh 1,022 undi menyokong berbanding 813 undi menentang, sekali gus menjadikannya dasar rasmi parti, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Resolusi itu menggariskan penentangan parti berkenaan terhadap Zionisme serta menegaskan semula komitmennya untuk menyokong pembebasan Palestin dan hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka.

Resolusi itu turut menyokong gerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) terhadap Israel, menggesa embargo senjata menyeluruh ke atas eksport ke Israel serta mengecam jenayah perang Israel.

-- BERNAMA-WAFA

 

 

Must Watch Video

Advertisement