ANKARA: Parti-parti politik di New Zeland gagal mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan baharu susulan pilihan raya bulan lepas.

Perdana Menteri Chris Hipkins yang akan tamat tempoh perkhidmatan dan pemimpin National Party Christopher Luxon yang dijangka menjadi perdana menteri baharu bersetuju untuk melanjutkan pentadbiran sedia ada, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan rasmi.

"Mengikut seksyen 6 Akta Perlembagaan, menteri sedia ada mesti melepaskan jawatan pada 11.59 malam esok, Sabtu 11 November. Memandangkan writ itu masih belum dikembalikan berikutan pengiraan semula dan rundingan untuk membentuk kerajaan baharu yang sedang berjalan, penyelesaian paling mudah adalah dengan melanjutkan pentadbiran sedia ada," kata Hipkins.

Semua anggota Kabinet akan meneruskan tugas kecuali Menteri Luar Nanaia Mahuta kerana tidak dipilih semula.

Grant Robertson akan berkhidmat sebagai menteri luar sementara, menurut kenyataan itu.

National Party memenangi 48 daripada 122 kerusi dalam pilihan raya umum bulan lepas, dan memerlukan sokongan ACT New Zealand dan First Party New Zealand untuk membentuk kerajaan.

-- BERNAMA