Skip to main content

Malaysia

Gempa Mindanao: MetMalaysia tamatkan amaran tsunami

Gempa Mindanao_JBPM SABAH
MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai agar kekal peka terhadap maklumat rasmi yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa berkaitan. - Gambar/ JBPM Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengumumkan penamatan amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini susulan gempa bumi kuat di luar pesisir Mindanao, Filipina pada Isnin. 

Dalam kenyataan pada Isnin, MetMalaysia memaklumkan bahawa nasihat tsunami yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.

MetMalaysia menegaskan bahawa ini merupakan maklumat terakhir yang dikeluarkan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut, melainkan terdapat perkembangan atau maklumat baharu daripada pihak berkuasa.

Penamatan nasihat itu dibuat selepas pemantauan terhadap gempa bumi kuat yang berlaku di luar pesisir Mindanao, yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlakunya tsunami di beberapa kawasan pesisir termasuk Sabah.

Terdahulu, beberapa negara di rantau ini termasuk Indonesia dan Malaysia telah mengeluarkan amaran berjaga-jaga susulan gegaran kuat tersebut, sebelum menurunkannya secara berperingkat selepas penilaian risiko lanjut dilakukan oleh agensi seismologi masing-masing.

MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai agar kekal peka terhadap maklumat rasmi yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa berkaitan.

Must Watch Video

Advertisement